MMW Bone Alignment Centre Tampil Pendekatan 5R Bantu Tangani Masalah Slipped Disc
Prinsip MMW 5R diperkenalkan itu sebagai pelan pengurusan kesihatan berterusan dan bukan invasif.
Cover image via MMW Bone Alignment CentreFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Masalah ketidakselesaan fizikal seperti sakit belakang, cakera intervertebra tergelincir (slipped disc), sakit saraf sciatic (sciatica), postur bongkok (hunched back), serta kekakuan leher dan bahu kerap menjejaskan produktiviti harian, kualiti tidur, dan keupayaan pergerakan masyarakat tempatan
Bagi menangani isu berkenaan, pusat penyelarasan fizikal MMW Bone Alignment Centre secara rasmi memperkenalkan pendekatan penjagaan badan berasaskan prinsip MMW 5R iaitu Release, Realign, Restore, Rebuild dan Recover sebagai pelan pengurusan kesihatan berterusan dan bukan invasif.
Pengasas MMW, Prof. Is. Dr. Grandmaster Max Wong menjelaskan bahawa keutamaan perkhidmatan MMW terletak pada penilaian peribadi yang teliti sebelum sebarang teknik manual dilaksanakan.
Beliau menegaskan bahawa kesakitan yang kelihatan serupa tidak semestinya berpunca daripada punca yang sama, sekali gus memerlukan pemilihan kaedah yang disesuaikan mengikut keadaan sejarah kesihatan dan laporan perubatan setiap individu seperti MRI atau X-ray.
Keunikan MMW terletak pada gabungan prinsip biomekanik seni mempertahankan diri, koordinasi pergerakan dan teknik penjajaran manual tanpa melibatkan sebarang prosedur pembedahan, suntikan, mahupun ubat preskripsi.
Rangkaian perkhidmatan ini dirangka bagi membantu menguruskan ketidakselesaan muskuloskeletal, mempertingkat julat pergerakan tulang belakang, serta membimbing kesedaran postur badan dalam kehidupan seharian.

MMW 5R merangkumi lima fasa pengurusan badan, antaranya:
- RELEASE (Melegakan Ketidakselesaan): Mengenal pasti kesakitan dan kekakuan fizikal bagi mengurangkan ketegangan otot.
- REALIGN (Memperbaiki Postur): Menyelaraskan koordinasi pergerakan dan memberi panduan postur yang betul semasa beraktiviti.
- RESTORE (Memulihkan Fungsi Pergerakan): Mengembalikan keupayaan asas harian seperti membongkok, berdiri, dan berjalan secara berperingkat.
- REBUILD (Membina Semula Kekuatan): Memperkukuh kestabilan fizikal dan tabiat pergerakan menerusi senaman kesihatan yang disesuaikan.
- RECOVER (Kembali Menjalani Kehidupan): Membantu individu kembali melaksanakan aktiviti kerjaya, keluarga, dan rutin harian dengan kualiti hidup yang lebih baik.
ㅤ

Pihak pengurusan MMW turut mengingatkan bahawa pendekatan penjagaan manual bukan invasif ini bertindak sebagai pilihan sokongan pengurusan badan dan bukannya pengganti kepada pemeriksaan perubatan profesional, di mana sebarang keputusan pembedahan atau ubat-ubatan perlu ditentukan oleh pakar perubatan bertauliah.
Prof Is Dr Grandmaster Max Wong berkata: "Ilmu perlu dikumpulkan, perniagaan perlu diusahakan, keluarga perlu dijaga dan kesihatan juga memerlukan perhatian yang berterusan. Kami berharap orang ramai bukan sahaja mencari bantuan apabila kesakitan berlaku, tetapi turut mula memberikan perhatian yang lebih serius kepada pengurusan badan dalam kehidupan seharian."
Melalui pendekatan 5R, MMW berharap dapat menggalakkan masyarakat beralih daripada pendekatan reaktif terhadap kesakitan kepada pengurusan badan yang lebih proaktif.
Ini merangkumi usaha memahami keadaan diri, memilih penjagaan yang sesuai dan mengamalkan pengurusan kendiri secara berterusan demi menyokong kesihatan serta kualiti hidup.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


