seismik

3 Kali 'Mortar Board' Gadis Ini Jatuh Waktu Ambil Skrol, Ramai Kagum Dekan Terus Betulkan!

Nasib baik para hadirin pun sporting!

Cover image via Twitter @AizatSays & Twitter @Miez_TA

Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti

Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka. 

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via UKM

Istiadat ini sememangnya akan menjadi antara hari yang bersejarah buat mereka yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi. Manakan tidak, selepas penat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di samping ada yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan segulung ijazah, hari istiadat ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Times

Walaupun begitu, satu kejadian yang tidak diingini dan tidak disangka telah berlaku kepada seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari konvokesyennya

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan pengguna Twitter @AizatSays, dapat dilihat mortar board yang dipakai seorang mahasiswi tiba-tiba terjatuh ketika berada di pentas tatkala mengambil skrol ijazah.

Mortar board itu tidak hanya tercabut dan jatuh sekali mahupun dua kali tetapi tiga kali dipercayai kerana ianya tidak dipakai dengan ketat.

Meskipun begitu, graduan berkenaan tetap mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin sebagai tanda sokongan. Lebih menarik perhatian ialah tokoh akademik yang berada berhampiran turut tampil membantunya memakaikan mortar board itu semula dengan betul.

Betul-betul sporting semua!

Susulan tularnya video itu, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib graduan itu

Mereka tidak dapat membayangkan perasaan yang dirasai graduan itu ketika insiden tersebut berlaku.

Meskipun begitu, tidak kurang juga yang memuji pada tetamu yang supportive serta tokoh akademik yang membantu graduan itu di atas pentas.

Antara komen yang membanjiri ruangan 'reply' tweet tersebut:

Lepas tengok video itu, penulis pun tertanya benda yang sama...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: