Mula-Mula Excited, Gelagat Geng Perempuan Turun Tangga Lepas Lenguh Hiking Ini Bikin Dekah
Kalah orang baru lepas bersalin.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti mendaki gunung bukanlah satu perkara asing bagi kaum perempuan pada zaman sekarang
Malah, jika orang yang sudah biasa hiking bersama kawan-kawan, sudah tentu mereka akan terasa ingin mencuba hiking di tempat-tempat baru untuk melepaskan rasa gian.
Tidak dinafikan, ia merupakan satu kepuasan setiap kali kita sampai di puncak bukit atau gunung yang didaki itu kerana dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas.
Namun, bagi mereka yang tidak biasa atau pertama kali hiking pastinya akan mengeluh sebaik saja selesai melakukan aktiviti itu kerana terpaksa menanggung lenguh di kaki dan badan.
Begitulah yang terjadi kepada sekumpulan gadis ini apabila video mereka tular di TikTok gara-gara jalan 'terkengkang' selepas mendaki Gunung Kinabalu mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kaki lenguh sampai jalan kengkang masa turun tangga
Menerusi video yang dikongsi oleh @jijiedz66 dengan kapsyen "everyone after climbing Mount Kinabalu", kelihatan sekumpulan gadis itu pada mulanya teruja untuk mendaki gunung ketiga tertinggi di Asia itu.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila gadis itu menunjukkan situasi dia dan kawan-kawannya selepas mereka selesai mendaki di sana.
Mereka dilihat tidak dapat berjalan dengan betul semasa menuruni tangga di sebuah restoran fast food akibat lenguh selepas hiking.
Malah, gaya jalan mereka yang terkengkang itu membuatkan ramai dapat relate dengan pengalaman sama mereka selepas hiking bersama kawan-kawan.
"Haha I can totally relate to this. Dua kali naik Kinabalu, dua kali menyesal. Tapi gian tu masih ada lagi. Anyway, tahniah korang!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 229K tontonan, 22.9K tanda suka dan 796 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya mereka berjalan semasa struggle menuruni tangga itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Masa hiking memang seronok, sekali bila turun tu haa baru terasa betapa seksanya satu badan lenguh :D