Murid 11 Tahun Dari SJKC Menang Pertandingan Tilawah Al-Quran
Tahniah!
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang murid 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bergelar johan pertandingan tilawah al-Quran peringkat zon
Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut, Yuki Raisha Mohd Thirmidzi membuat persiapan dengan bimbingan bapanya, Mohd Thirmidzi Ibrahim, 41, hanya lima hari sebelum pertandingan berlangsung.
Bapa itu turut berkongsi perjalanan anaknya yang berlatih dengannya hingga dinobatkan sebagai juara di TikTok.
"Kalau menonton video di TikTok itu, saya nampak garang kerana nak anak buat yang terbaik dan memang kena tegas kerana dia belajar di SJKC, jika tidak akan ketinggalan.
"Syukur Allah SWT izinkannya bergelar juara dan ia pencapaian yang baik buatnya kerana itu kali pertama wakil sekolahnya memenangi pertandingan tilawah al-Quran," katanya.

Bangga dengan kejayaan Yuki yang mewakili SJKC Chung Hwa, Kota Bharu kerana bergelar juara selepas kali pertama menyertai pertandingan tilawah al-Quran
Kata Mohd Thirmidzi, dia gembira kerana dapat membantu anaknya pada saat akhir walaupun dia tidak pernah bersekolah agama, hanya ada asas mengaji dan tiada pengalaman menyertai pertandingan tilawah al-Quran.
"Saya ibarat bidan terjun sebenarnya kerana pada awalnya menyangka guru yang akan membimbing anak sebelum menyertai pertandingan pada April lalu.
"Tapi guru itu tak dapat membantu kerana kesuntukan masa jadi saya ambil inisiatif mengajar anak yang mempersembahkan bacaan surah al-Baqarah," katanya.
Tambahnya, selepas merangkul kejuaraan itu, Yuki bertanding mewakili sekolahnya untuk peringkat daerah pada Mei lalu.
"Cuma tak ada rezeki untuk dia mendapat tempat, tapi ia tetap pengalaman berharga buatnya," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


