Kejam! Netizen Mengamuk Lihat Foto Penyu Mati Seksa, Kononnya Di Terengganu Tapi Bukan
Jom selamatkan penyu!
Tular sebuah foto menunjukkan bangkai seekor penyu yang dipercayai mati diseksa di sebuah pantai di Terengganu
Foto tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter, viraldanterkini yang kesal dengan sikap segelintir masyarakat tidak berperikemanusiaan itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut sudah mendapat lebih 5,000 ulang kicau dan hampir 3,000 tanda suka.
Netizen juga turut meluahkan rasa marah melihatkan foto penyu tersebut diseksa
Bagaimanapun, rupa-rupanya kejadian tersebut tidak terjadi di Terengganu
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Mohammad Firdaus Abdillah, menjelaskan bahawa foto viral tersebut tidak berlaku di Terengganu seperti yang didakwa.
Jelasnya, kali terakhir bangkai penyu ditemui terdampar di Terengganu ialah pada 20 Oktober lalu iaitu di Teluk Lipat, Dungun.
"Sebenarnya, saya sudah terima gambar bangkai penyu itu Khamis lalu (7 November) dan hasil siasatan mendapati ia bukanlah kes di Terengganu," katanya.
Susulan itu, dia memohon orang ramai berhenti menghebahkan fakta yang tidak benar
"Sehubungan itu, saya berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana ia hanya mengelirukan masyarakat.
"Tambahan pula, penyu adalah haiwan yang diancam kepupusan dan kes sebegini memang menjadi perhatian ramai walaupun ia tidak benar," katanya lagi.
Tambahnya lagi, sehingga Oktober lalu, sebanyak 70 kematian melibatkan penyu direkodkan pada tahun ini
"Kematian haiwan tersebut adalah atas pelbagai sebab seperti tercedera dan terperangkap di jaring pukat.
"Saya berharap orang ramai yang menemui bangkai penyu atau penyu yang mengalami kecederaan di Terengganu agar menghubungi kami di talian 03-8444169 untuk membolehkan pasukan penyelamat mengambil tindakan segera.
"Keprihatinan orang ramai sangat membantu kami dalam menyelematkan haiwan yang tercedera atau memastikan bangkainya dapat diuruskan mengikut kaedah yang sesuai," tambahnya lagi.
Sebelum ini, kempen Save The Turtle merupakan inisiatif di mana rakyat digalakkan untuk tidak menggunakan straw plastik bagi menyelamatkan penyu di lautan