OGAWA Bawa Kerusi Urut Ke Era AI & Biohacking Menerusi Maestro Powered By Overseer

Produk ini menggabungkan teknologi urutan dengan AI Overseer dan teknologi graphene.

Enlarge text
Cover ImageCover image via OGAWA Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

OGAWA Malaysia, jenama kerusi urut terkemuka Asia dan teknologi kesihatan, kini melangkaui konsep kerusi urut tradisional menerusi penerokaan terhadap minat yang semakin meningkat terhadap biohacking

Langkah ini menggabungkan kesihatan, teknologi dan personalisasi dalam usaha terbaharunya menjadikan pemulihan sebahagian daripada kehidupan seharian.

Perubahan ini hadir ketika pengguna berdepan waktu bekerja yang lebih panjang, tahap tekanan lebih tinggi, serta rutin senaman yang mencabar, sekali gus menjadikan pemulihan setara kepentingannya dengan prestasi dan kecergasan.

OGAWA melihat biohacking sebagai pendekatan proaktif bagi membolehkan individu memahami tubuh badan serta mengurus kesihatan diri.

SAYS.com

Pengurus Besar OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong

Image via OGAWA Malaysia

"Pemulihan adalah sebahagian daripada prestasi. Jika kita mahu mencapai prestasi lebih baik esok, kita perlu mendapatkan pemulihan yang lebih baik hari ini," kata Pengurus Besar OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong.

Bagi OGAWA, penerapan konsep biohacking merupakan kesinambungan daripada penglibatannya selama 30 tahun dalam industri kesihatan. Pendekatan baharu ini diterjemahkan menerusi produk terbaharunya, OGAWA Maestro Powered by Overseer, yang menggabungkan teknologi urutan dengan AI Overseer dan teknologi graphene.

Pendekatan pemulihan lebih peribadi dan teknologi graphene

Berbeza dengan kerusi urut konvensional yang bergantung kepada program seragam, Maestro Powered by Overseer direka untuk memberikan pengalaman diperibadikan mengikut keadaan fizikal individu sama ada atlet yang menjalani pemulihan fizikal berat mahupun golongan profesional yang duduk di meja kerja.

AI Overseer bertindak menyesuaikan pengalaman urutan mengikut keperluan pengguna. Sementara itu, teknologi graphene yang digunakan bukan sekadar memanaskan kerusi, tetapi menghasilkan sinaran inframerah jauh (FIR) untuk menyokong pemulihan otot, peredaran darah dan proses regenerasi semula jadi tubuh.

Falsafah biohacking OGAWA dirumuskan dalam empat perkataan: ukur, optimumkan, pulih dan berprestasi.

SAYS.com
Image via OGAWA Malaysia

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-30, OGAWA Malaysia turut menganjurkan kempen Spend & Win bernilai RM300,000 dari 6 Julai hingga 4 Oktober 2026. Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 (atau RM300 seperti dalam terma kelayakan) dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah termasuk iPhone 17 dan televisyen Samsung dengan mengimbas kod QR serta melengkapkan borang penyertaan.

Program ulang tahun ini turut menampilkan sesi Temu Mesra bersama Datuk Nicol David dan Datuk Azizulhasni Awang baru-baru ini pada 20 Ogos 2026 di pusat beli-belah 1 Utama, yang dilengkapi dengan pemeriksaan kesihatan, permainan, serta pengalaman biohacking secara terus.

Menerusi Maestro Powered by Overseer, OGAWA berusaha menjadikan pemulihan diperibadikan dan didayakan teknologi sebagai realiti baharu dalam gaya hidup sihat pengguna.

SAYS.com
Image via OGAWA Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: