seismik

Orang Muda Dan Sihat Juga Boleh Maut Kerana Serangan Jantung. Ini Sebabnya

Penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda.

Cover image via The Sun Daily

Penyakit jantung adalah pembunuh senyap yang boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa

Kematian mengejut pelakon popular Ashraf Sinclair semalam telah mencetus perbualan orang ramai tentang isu serangan jantung. Masing-masing dilihat begitu bimbang dan takut sekiranya pemergian tanpa diduga sebegini terjadi kepada mereka atau pun insan tersayang.

Ashraf Sinclair

Image via The Sun Daily

Mana tidaknya, serangan jantung boleh menyerang sesiapa sahaja seawal usia 30-an dan ia membunuh secara senyap walaupun seseorang itu tidak menunjukkan apa-apa simptom yang janggal.

Buktinya, pengurus kepada Bunga Citra Lestari yang dikenali sebagai Doddy memberitahu bahawa Ashraf adalah individu yang paling sihat di antara semua

Image via DETIK

Walaupun menjalani gaya hidup sihat, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda. Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.

Menurut ahli kardiologi, kesihatan seseorang tidak boleh ditentukan semata-mata daripada susuk tubuh yang langsing atau gemuk

Kebiasaannya masalah ini didasari oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, gaya hidup tidak aktif serta masalah kesihatan seperti obesiti.

Walau bagaimanapun, kesemua itu mungkin tidak mencerminkan status kesihatan seseorang. Ahli kardiologi menjelaskan bahawa tekanan darah, glukosa, dan paras kolesterol dalam tubuh badan adalah pengukur kesihatan yang lebih tepat.

Image via rotisusu.com

Sebenarnya, terdapat dua jenis masalah jantung yang umum perlu tahu iaitu cardiac arrest dan heart attack

Walaupun kedua-duanya memberi makna yang sama dalam bahasa Melayu iaitu 'serangan jantung', cardiac arrest dan heart attack ini mempunyai perbezaannya tersendiri.

Cardiac arrest dicetuskan oleh kerosakan elektrik atau nadi di dalam jantung yang menyebabkan ia tidak dapat berdegup seperti biasa dan ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada mana-mana peringkat umur.

Memetik laporan First Aid For Free, apabila degupan jantung tidak teratur, bekalan darah tidak dapat dihantar ke organ-organ penting seperti otak, yang mengakibatkan hilang kesedaran. Kematian boleh berlaku kecuali CPR diberikan.

Image via cdc.gov

Heart attack pula berlaku apabila arteri utama jantung dihalang oleh bekuan darah dan otot jantung rosak akibat kekurangan oksigen.

Secara teori, sesiapa sahaja boleh mengalami heart attack, tetapi ia biasanya berlaku kepada orang dewasa yang lebih tua kerana plak lemak yang menghalang arteri jantung tersebut mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang.

Meskipun begitu, terdapat juga kemungkinan atau faktor risiko lain yang biasanya tidak diketahui

Penyakit-penyakit sebegini mungkin tidak jelas dari penampilan fizikal, dan hanya boleh didiagnosis dengan ujian mendalam di hospital.

Dalam laporan terbaru, pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.

Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baru oleh pakar perubatan.

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baru yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pelakon popular dari Taiwan, Godfrey Gao turut mengalami serangan jantung pada November tahun lepas:

Seorang ayah yang kelihatan sihat ini juga tumpas:

You may be interested in: