Orang Ramai Luah Rasa Gembira Tengok Langit KL Kembali Cerah
Semoga kekal cerah macam ni!
Cover image via @ahmadmaslan (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai kembali teruja apabila melihat pemandangan di ibu negara kembali jelas selepas sekian lama jerebu melanda
Menerusi laporan Bernama, perkara itu dapat dilihat menerusi beberapa siri perkongsian di laman sosial Threads memaparkan pengguna kongsi rasa syukur melihat perubahan yang berlaku.
Seorang pengguna Threads, @tkletchumy berkongsi pengalaman apabila anak kecilnya menyedari keadaan jerebu yang semakin reda sebelum dia sendiri melihat perubahan ketara langit Kuala Lumpur dari balkoni kediamannya.
"Hari ini, anak kecil saya berkata, 'Ibu, tiada jerebu!' Saya menjawab, 'Yalah tu.' Ya ibu cuba lihat di luar, saya pun ke balkoni dan melihat langit Kuala Lumpur yang paling cerah pernah saya saksikan sejak sekian lama. Keajaiban apakah ini?" menurut hantaran itu.
Ada juga yang meluahkan rasa syukur apabila dapat melihat semula pemandangan Genting Highlands dengan jelas selepas sekian lama.
"Jerebu dah tak de ke? Ya Allah, Alhamdulillah. Pemandangan cerah pagi ni. Siap nampak Genting Highlands lagi, dah lama sangat rasanya tak nampak macam ni," kata @wawerlah.
View on Threads
View on Threads
Ada yang berkongsi kualiti udara di Kuala Lumpur lebih baik daripada New Zealand
Sementara itu, @zevtam menarik perhatian apabila mendakwa kualiti udara Kuala Lumpur pada pagi ini lebih baik berbanding New Zealand.
"Korang tahu tak, kualiti udara KL pagi tadi lagi bagus daripada New Zealand, serius," menurut hantaran dalam Threads miliknya.
Keadaan jerebu yang melanda ibu kota sebelum ini telah menjejaskan jarak penglihatan serta mengehadkan aktiviti luar dalam kalangan masyarakat.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, dua stesen pemantauan di Kuala Lumpur merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana setakat 7 malam semalam, iaitu Batu Muda (84) dan Cheras (66).
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


