Orang ‘Single’ Makan Hati Tengok Persembahan Hafiz Di Muzik-Muzik, Semua Salah Cameraman
Alahai, kesiannya orang yang 'single' ni.
Selalu dengar ada yang berkata-kata bahawa orang single ini memilih sangat, sebab itulah sampai sekarang tidak berteman
Kadang-kadang bukan sebab terlalu memilih, cuma belum bertemu pasangan yang sesuai. Bila dah pernah 'terluka' kerana cinta, tentulah seseorang itu akan lebih berhati-hati untuk membuka hatinya semula. Gitulah!
Sebenarnya, anda kena faham bahawa tak semua orang single memilih untuk menyendiri, ada je yang berkeinginan untuk bercinta kembali.
Jujurlah, siapa je yang tak cemburu bila tengok orang lain berkasih-sayang cuma belum ada rezeki kan, nak buat macam mana.
Terbaru, video persembahan penyanyi, Hafiz Suip di Muzik-Muzik yang menyanyikan lagu Kisah Cinta Kita mendapat perhatian netizen terutamanya mereka yang masih single
Difahamkan ketika Hafiz menyanyikan lagu cinta tersebut, cameraman sering menunjukkan wajah isterinya iaitu Nureffy Jasreel Abdullah.
Alahai, sweetnya!
Dalam satu video yang dikongsi oleh pengguna Twitter, iamjayrahman meluahkan rasa cemburu melihatkan momen tersebut. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu telah mendapat lebih 31.5 ribu ulang kicau dan lebih 40 ribu tanda suka.