"Panas-Panas Pekena Memang On" - Viral Hotel Ini Jual Teh Ais Ikat Tepi Harga 9 Kupang
Harga asal teh ais itu berharga RM3.50.
Umum sedia maklum, teh ais merupakan salah satu minuman popular yang diminati oleh rakyat Malaysia
Kadangkala, minuman ini juga lebih 'sedap' diminum secara bungkus atau lebih dikenali sebagai teh ais ikat tepi dalam kalangan penggemarnya.
Begitupun, baru-baru ini tular sebuah hotel di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang mempromosikan jualan makanan dan minuman mereka pada harga serendah 90 sen di gerai tepi Jalan Dato Ismail Hashim.
Menurut laporan, gerai yang mula beroperasi 6 Februari lalu itu adalah hasil idea Pengurus Hotel Raia Penang, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Zainal Barkis dengan kerjasama kakitangan bahagian makanan dan minuman (F&B) hotel tersebut.
Mereka turut mempromosikan lima menu kentang goreng dan minuman terkenal hotel berkenaan iaitu teh ais ikat tepi pada harga 90 sen dan air Mamu CooLicious di tepi jalan.
Harga asal teh ais itu adalah berharga RM3.50, kini ianya dijual 90 sen sebungkus
Menurut Pengurus Besar Bahagian Operasi Hotel Raia, Zulkeffli Ahmad, makanan terkenal hotel itu seperti Beef Bolognese Cheese Fries laris dijual lebih 300 set setiap hari termasuk minuman teh ais ikat tepi yang dijual pada hanya 90 sen sebungkus berbanding harga asal RM3.50.
Tambahnya lagi, pihak pengurusan Hotel Raia Penang juga akan memperkenalkan menu baru iaitu Nasi Bajet yang dijual pada harga RM5 bagi setiap set dan pasta panas RM7.
Dalam pada itu, pengurusan Raia Hotel & Convention Centre di Alor Setar, Kedah turut menjual lebih 50 kilogram nasi briyani kepada lebih 1,000 pelanggan di pekarangan luar hotel berkenaan setiap sehari.
Hasil tinjauan di ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak hotel berkenaan
Selain itu, ada juga yang berharap hotel tersebut dapat meneruskan harga sama pada masa akan datang sekiranya pandemik Covid-19 ini berakhir.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Penulis doakan semoga segala urusan kita dipermudahkan tatkala semua orang diuji dengan wabak Covid-19 ketika ini :)