seismik

“2 Orang Kelantan Ni Tak Ada Adab. Aku Tunggu Parking Sekali Kau Boleh Masuk Macam Tu Je?”

Kejadian tersebut telah berlaku di Mid Valley Megamall.

Cover image via Twitter @hotshotTheCool

Baru-baru ini telah tular di laman Twitter selepas seorang lelaki memuat naik status berang sehingga melibatkan kenegerian kerana parkingnya dirampas oleh dua orang wanita berasal dari Kelantan

Tweet tersebut juga telah mendapat perhatian ramai pengguna Twitter dan mereka turut memberikan komen dan nasihat supaya masalah kenegerian tidak dimasukkan ke dalam hal ini

Malah, tweet tersebut juga telah meraih sebanyak 10k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Menurut lelaki ini, dua orang perempuan yang berasal dari Kelantan telah merampas parking yang sedang ditunggu olehnya

"Bila dah honk pun dia selamba je masuk parking tu seolah-olah aku tak wujud kat situ sedang menunggu..."

Lelaki ini juga bertindak untuk turun dari kereta dan memberitahu dua wanita tersebut untuk alihkan kereta kerana dia sudah menunggu lama di tepi

Jawapan wanita tersebut buatkan lelaki ini bertambah berang. Malah, menurutnya dia juga turut 'dihalau' oleh kedua-dua wanita tersebut.

Akhir sekali, kedua-dua wanita tersebut membuat keputusan untuk alihkan kereta selepas ditegur oleh 'big boss' lelaki ini

"Mak bapak tak ajar ke? Ke orang KELANTAN memang macam ini?"

Tweet tersebut juga telah mendapat perhatian ramai pengguna Twitter dan mereka turut memberikan komen dan nasihat supaya masalah kenegerian tidak dimasukkan ke dalam hal ini:

Pada pendapat kami, isu ini adalah tentang adab bukan masalah dari mana-mana negeri yang terlibat

Adab dalam Islam juga turut memiliki aturan dan juga syariat yang melibatkan semua aspek kehidupan. Jadi tidak perlulah melibatkan mana-mana negeri dalam masalah seperti ini.

Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai teladan. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. ;)

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: