seismik

Pasangan Warga Emas Ini Disambut Bak Pengantin Baru Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50!

Dengan bertemakan majlis persandingan, sambutan ulang tahun perkahwinan merpati dua sejoli itu turut disambut meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Cover image via Facebook Cpin Aidil

Setiap pasangan suami isteri itu pasti mahukan perkahwinan mereka berlanjutan sehingga ke akhir hayat

Walau bagaimanapun, tiada rumah tangga yang bebas dari ujian.

Tidak kira hidup bersendiri mahupun hidup berumah tangga, pasti akan ada ujian dan dugaannya tersendiri. Bahkan, hidup berumah tangga lebih besar cabarannya kerana kita perlu turut memikirkan pasangan kita berbanding jika hidup bersendiri.

Image via Bidadari

Meskipun begitu, setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah buat pasangan yang mampu menghadapi ujian bersama-sama di samping berpegang teguh kepada syariat-Nya.

Bukan itu sahaja, setiap pasangan juga perlu sentiasa ada perasaan kasih dan sayang di antara satu sama lain serta sifat sabar, tolak ansur dan saling memahami.

Barulah sesebuah institusi perkahwinan itu boleh bahagia buat selama-lamanya!

Baru-baru ini seorang jurugambar telah berkongsikan beberapa gambar pasangan suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-50

Menariknya, pasangan itu siap pakai busana pengantin lagi!

Sangat unik dan lain daripada yang lain, gambar-gambar yang dikongsikan jurugambar, Cpin Aidil, menerusi laman Facebook telah menarik perhatian warganet.

Dengan bertemakan majlis persandingan, sambutan ulang tahun perkahwinan merpati dua sejoli itu turut disambut meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Meskipun sudah 50 tahun usia perkahwinan, namun pasangan Haji Sani dan Hajah Mala yang cukup manis dan romantis itu membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baru.

Siap dengan posing sweet, bersemut jadinya melihat mereka ini!

Lagi gambar sekitar sambutan anniversary tersebut:

Ternyata ramai netizen yang teruja melihat pasangan 'pengantin baru' ini dan rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cute betul bapa ini cemburu dengan anak sendiri!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: