seismik

Berita Mengenai Pawagam Pertama Di Kelantan Julai Ini Adalah PALSU Belaka

Siapa yang pandai-pandai buat cerita ni?

Cover image via gowhere.my/SAYS

Ada ura-ura mengatakan Kelantan bakal dapat panggung wayang pertama setelah 20 tahun

Negeri Kelantan pernah mempunyai lima buah panggung wayang sebelum ini pada zaman kemuncaknya. Namun begitu, sejak PAS mula mentadbir Kelantan 20 tahun lalu, negeri itu belum lagi membina sebarang panggung wayang sampai sekarang.

Syarat kerajaan negeri yang ketat merupakan salah satu penghalang bagi kemudahan hiburan itu diwujudkan

Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, dan larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, dan ketika bulan Ramadan.

Namun begitu, sumber mengatakan bahawa panggung wayang pertama ini yang diberi nama 'Paragon Cinema' akan dibuka di pusat beli belah KB Mall mulai Julai 2016

Ini bermakna panggung wayang tersebut sedang dalam pembinaan dan hampir siap sepenuhnya. Ia akan dibuka dalam masa 3 bulan sahaja lagi.

Tetapi, dalam perkembangan terbaru, dakwaan pembukaan panggung wayang tersebut dikatakan jauh menyimpang dan tidak benar sama sekali

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Image via www.ismaweb.net

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, setakat ini tiada sebarang permohonan membuka panggung wayang diluluskan di Kelantan.

Oleh itu, dakwaan mengatakan Paragon Cinema akan dibuka di pusat beli belah KB Mall pada Julai ini adalah palsu.

"Kita tidak pernah beri apa-apa kelulusan untuk buka panggung wayang di sini. Tidak ada permohonan pun. Ia hanya viral semata-mata, yang tidak boleh dilayan sangat," katanya.

Kesimpulannya, Kelantan tetap dengan pendirian hanya membenarkan pawagam yang mematuhi syariah sahaja dibuka di negeri itu

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak dapat tengok wayang di Kota Bharu? Tak apa, boleh singgah makan minum di 6 kafe hipster ini:

You may be interested in: