seismik

Pelajar, Staf & Alumni Jangan Lepaskan Peluang Ini, Bida Plat UiTM Idaman Anda Sendiri

Bidaan akan mula dibuka mulai 26 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari.

Cover image via Fozi Ali / Facebook

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat melanjutkan pengajian hingga mendapatkan segulung atau barangkali dua tiga skrol untuk disimpan sepanjang hayat

Kepada mereka yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mahu menyimpan kenangan dengan menara gading itu bolehlah membeli sambil membantu universiti berkenaan untuk menjana pendapatan.

Sesiapa yang ada kaitan dengan UiTM terutamanya kepada pelajar, staf dan alumni pasti bangga kalau plat UITM ini dijadikan kenangan seumur hidup pada kenderaan masing-masing.

Bidaan akan mula dibuka mulai 26 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari

UiTMBida merupakan sistem bidaan universiti yang diwujudkan bagi membolehkan orang awam, alumni dan warga UiTM membeli nombor pendaftaran khas kenderaan.

Nombor plat yang ditawarkan bermula dengan abjad 'UITM' diikuti dengan rangkaian nombor terpilih dan hanya boleh didapati secara eksklusif di dalam sistem.

Bidaan hanya akan mula dibuka pada 26 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari. Untuk membuat bidaan dan maklumat lanjut sila ke https://uitmbida.uitm.edu.my/. 

Berapa ringgit yang anda sanggup bayar untuk nombor plat ini?

Anda mungkin salah seorang daripada 9999 yang berpeluang & bertuah!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: