seismik

[GAMBAR] Pelanggan Datang Dan Tidur Ibarat Dalam Rumah Sendiri Di IKEA China

Amboi sedap tidur nampak?

Cover image via chinadaily.com.cn

Setiap kali ke gudang IKEA di sekitar negara, pastinya kita akan kagum dengan perabot mereka yang simple tetapi sangat menarik hati

Rasanya kalau boleh macam nak tinggal terus di situ dek kecantikan dan keunikan produk-produk mereka. Betul tak?

Buat pengetahuan anda, perkara itu telah pun terjadi di China. Pelanggan IKEA di sana lebih cenderung untuk mencuba perabot-perabot mereka dalam masa yang sangat lama. Mereka mengambil peluang untuk ‘mencuba’ perabot display yang disediakan dengan sepenuh hati sampai tertidur!

Perabot display yang sepatutnya menjadi model produk mereka telah dijadikan sebagai tempat untuk berisitirehat oleh pelanggan-pelanggan IKEA seolah-olah mereka berada di rumah sendiri

Ada yang kelihatan seperti sedang duduk berehat, malah ada juga yang datang bersama anak kecil kemudian tidur bersama-sama di atas perabot-perabot display tersebut.

Difahamkan pihak pengurusan IKEA di sana telah mengalami masalah tersebut sejak beberapa tahun lepas sehinggalah ke hari ini.

Para pekerja ditugaskan untuk memantau dan mengejutkan pelanggan yang tidur di perabot mereka selain menjalankan kerja-kerja biasa yang lain.

Image via katakpisang.com
Image via katakpisang.com
Image via katakpisang.com

IKEA membuka gedung pertama mereka di China pada tahun 1999 dan gedung di negara itu adalah satu daripada lima gedung IKEA terbesar di dunia

Dalam satu laporan Dailymail Mei lalu, pada bulan Julai 2015 syarikat itu terpaksa mengharamkan pelanggan selepas terdapat aduan dari pengunjung yang mereka tidak dapat mencuba perabot ketika orang sedang tidur di atasnya.

Bagaimanapun, walaupun pengharaman ini telah dibuat, namun masih terdapat pembeli singgah ke gedung tersebut untuk berehat dan untuk ketika musim panas di China.

Image via news163.com
Image via news163.com
Image via 101viral.com

Nasib baiklah perkara sebegini tak berlaku di Malaysia. Syukur rakyat Malaysia masih rasional. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di IKEA:

You may be interested in: