seismik

Peminat Mahu Hot FM Ambil Tyzo Jadi Penyampai Baru Lepas Mendakwa Dianiaya - "Tukar Radio"

Semoga ada rezeki yang lebih baik buat Tyzo!

Cover image via

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, 12 Januari 2024, penyampai radio paling popular 2023, Tyzo Xander telah mengumumkan pengunduran dirinya dari Suria FM

Perkara itu telah mengejutkan orang ramai kerana berita tersebut telah diumumkan semasa slot Suria Petang bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Kak Rara oleh pendengar-pendengar Suria FM, semalam.

Namun, sewaktu pengumuman itu dibuat, Tyzo memberitahu dia tidak rela dengan pemergian dirinya itu tetapi katanya tiada apa lagi yang boleh dilakukannya

Image via BH Online

"Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini. Thank you so much!" - Tyzo

Menerusi video tersebut, sebelum meninggalkan stesen berkenaan, Tyzo telah memberikan ucapan yang memeranjatkan orang ramai kepada DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Program Suria FM.

Kemudian Tyzo juga turut membuat satu hantaran di akaun Instagram miliknya dan rata-rata ramai yang bersimpati dengan nasib bekas penyampai radio itu

Dia meminta maaf kepada para pendengar kerana itu bukan keputusannya. Tyzo juga ada menulis bahawa dia berharap selepas ini tiada lagi pihak yang akan "spin cerita".

Bagaimanapun, ramai yang meminta stesen radio lain untuk mengambil Tyzo sebagai penyampai dan ada yang menyatakan bahawa mereka sanggup beralih ke stesen radio lain demi Tyzo.

Antara nama radio yang disebut-sebut adalah stesen radio no 1 di Malaysia iaitu Hot FM.

Dalam pada itu, Hot FM juga ada meninggalkan komen. Katanya, mahu ajak Tyzo lepak-lepak.

Anda rasa bagaimana? Setuju?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: