Penat Dengan Kesesakan Bandar? SUV Elektrik JAECOO J5 EV Ini Boleh Jadi Teman ‘Healing’ Anda
Penat dengan rutin harian? Mungkin SUV elektrik JAECOO J5 EV boleh menjadi teman 'healing' anda!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda rasa nak escape sekejap daripada kesibukan bandar?
Kalau anda tengah cari kenderaan yang bukan sekadar bawa dari point A ke point B tetapi mampu menawarkan ruang santai peribadi, anda wajib tengok SUV elektrik penuh gaya ini.
Untuk pengetahuan, OMODA & JAECOO baru sahaja melancarkan JAECOO J5 EV, sebuah SUV elektrik (EV) yang direka khas untuk golongan profesional bandar.
Mengangkat konsep "Plug In, Tune Out", JAECOO J5 EV dibina bukan sahaja sebagai kenderaan harian, malah sebagai lifestyle companion yang membantu korang berehat dan menikmati gaya hidup serba moden.
Apa yang menarik dengan JAECOO J5 EV Ni? Ayuh ketahui 6 ciri menarik ini!
1. Bawa haiwan kesayangan korang jalan-jalan dengan lebih tenang menerusi Pet Mode
Buat anda yang suka bawa haiwan peliharaan jalan-jalan hujung minggu, JAECOO J5 EV dilengkapi khas dengan fungsi Pet Mode dan tempat duduk bersijil TÜV-certified.
Dalam erti kata lain, fungsi ini memastikan suhu kabin kekal nyaman dan selesa untuk anda serta haiwan kesayangan.
2. Mahu glamping hujung minggu? Guna sahaja Jaecoo J5 EV sebagai 'powerbank'

Suka aktiviti outdoor atau perkhemahan? JAECOO J5 EV dilengkapi dengan keupayaan 3.3kW V2L (Vehicle-to-Load) yang membolehkan kereta anda bertukar menjadi punca kuasa gergasi!
Anda boleh menyambungkan pelbagai perkakas elektrik seperti pembakar roti, lampu perkhemahan, coffee maker, hingga ke pembesar suara terus dari kereta.
Pengalaman glamping anda kini lebih sempurna apabila fungsi V2L ini dipadankan bersama Camping Mode:
- Suhu kabin dan Penyaman Udara Berterusan: Memastikan ruang dalaman kekal sejuk dan selesa jika anda mahu berehat di dalam kereta.
- Bekalan kuasa stabil dan selamat: Memastikan fungsi V2L dan punca elektrik kekal aktif tanpa kenderaan terpadam secara automatik.
- Pengurusan tenaga optima: Mengawal penggunaan bateri dan pencahayaan kabin secara pintar khusus untuk suasana perkhemahan malam hari.
3. Karaoke dan layan 'stargazing' melalui 1.45m² Panoramic moonroof

Nak tahu apa yang lebih fun dengan JAECOO J5 EV? Anda berpeluang karaoke terus dari dalam kereta menerusi fungsi in-car karaoke bersama bestie atau keluarga.
Ditambah pula dengan panoramic moonroof seluas 1.45m², anda boleh healing sambil nikmati pemandangan langit malam.
4. Charging tidak sampai setengah jam dengan adanya pengecasan pantas DC 130kW
Antara keraguan utama orang ramai bila mahu beralih ke EV sudah tentunya bab pengecasan. Dengan JAECOO J5 EV, anda tak perlu risau lagi sebabnya:
- Pengecasan Pantas 130kW DC: Boleh cas bateri dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit sahaja! Sempat minum kopi sekejap di R&R sebelum kereta anda siap sambung perjalanan semula.
- Pengecasan 11kW AC: Sesuai untuk pengecasan santai di rumah atau pejabat. Sebagai rekod JAECOO J5 EV mampu dicas dari 10% ke 100% hanya dalam tempoh 7 jam sahaja.
5. Dilengkapi pengecas wireless 50W berkipas serta ruang storan frunk yang praktikal

Telefon pintar panas bila cas wireless? JAECOO J5 EV menyertakan 50W ventilated wireless charging pad yang menawarkan sistem pengudaraan dalam memastikan telefon anda kekal sejuk sepanjang pengecasan. Menarik bukan?
Selain itu, anda juga mendapat ruang storan tambahan di bahagian hadapan (frunk) untuk meletakkan barang-barang harian dengan lebih kemas.
6. Pemanduan kini lebih selamat dan praktikal dengan adanya ADAS Level 2+ beserta 19 ciri keselamatan!
Sama ada korang meredah kesesakan lalu lintas KL atau bersiar-siar di lebuh raya antara negeri, sistem bantuan pemandu Level 2+ ADAS (dilengkapi 19 ciri keselamatan aktif) memberikan keupayaan keselamatan pintar yang sentiasa memantau keadaan sekeliling, menjadikan setiap pemanduan lebih santai, meyakinkan, dan selamat.
Bukan itu sahaja, model ini turut hadir dengan pelbagai kelebihan dan teknologi canggih untuk keselesaan harian korang:
- Ketegaran Torsional 35,900 Nm/deg: Kerangka casis yang padu dan tegar memberikan kawalan pemanduan yang lebih stabil, mantap, serta perlindungan struktur tahap tinggi.
- Powered Charging Cap: Penutup port pengecasan berkuasa elektrik yang boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.
- 35 Ruang Penyimpanan + Frunk Depan 35L: Rekaan kabin yang amat praktikal dengan 35 ruang simpanan barangan, ditambah ruang frunk 35L di bahagian hadapan untuk simpanan kabel atau barang peribadi.
- Kapasiti Boot 480L (Boleh Diperluas Sehingga 1,284L): Ruang bagasi belakang 480L yang luas untuk kegunaan harian, dan boleh diperluas sehingga 1,284L apabila tempat duduk belakang dilipat—cukup muat untuk aktiviti riadah atau balik kampung!
- Active Grille Shutter (AGS): Gril aktif pintar yang melaras aliran udara secara automatik untuk aerodinamik optimum dan kecekapan tenaga yang lebih baik.
Harga pelancaran dan cara pandu uji

JAECOO J5 EV ditawarkan pada harga pelancaran RM118,800 menjadikannya antara SUV elektrik pilihan paling berbaloi dan padat dengan fungsi gaya hidup di pasaran Malaysia.
Berminat untuk merasai sendiri pengalaman teman 'healing' elektrik ini? Ayuh tempah sesi pandu uji anda sekarang di laman web rasmi OMODA & JAECOO Malaysia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

