"Saya Nak Hidup! Tolong!" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Aneh Dihadapi Ketika Kematian Ibu
Sayangi ibu bapa masing-masing. Tanpa mereka, maka hilanglah keajaiban doa.
Kehilangan insan tersayang sememangnya amat menyakitkan dan menakutkan. Namun, setiap insan di dunia ini tidak mampu untuk menolak atau menahan hakikat yang telah tertulis.
Kematian bakal menghampiri setiap manusia dan tiada sesiapa yang mampu untuk lari daripadanya. Golongan miskin, kaya, tua, muda, kuat mahupun lemah, semuanya bakal menghadapi kematian dengan sikap yang sama.
Sesungguhnya, kekuasaan Allah meliputi segala sesuatu. Malah, Dia juga telah menetapkan kematian atas diri setiap hambaNya.
Semoga hidup ini mampu untuk mengingatkan kita semua tentang betapa pentingnya mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian yang bakal tiba.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @pearkuku telah berkongsi pengalaman dan iktibar yang diambil daripada kematian ibunya sekitar 9 tahun lalu.
Memang sedih, tapi hakikatnya, mati itu pasti.
Perkongsian tersebut juga telah meraih sebanyak 18 ribu retweets dan 15 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
"Dah solat Subuh ke?" - Itu merupakan pertanyaan terakhir oleh ibunya selepas berkelakuan aneh. Semuanya yang diborakkan dirasakan kelakar.
"Lutut mak okay ke?" - Jawapan yang diberikan oleh ibunya buat dia tersentap buat seketika.
Selepas itu, ini rupanya yang terjadi...
Berita paling sakit dan pilu telah diterima melalui satu panggilan telefon. Menurutnya, ia merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.
Dalam perjalanan pulang ke kampung, dia menghabiskan 4 kotak rokok sambil merenung foto arwah ibunya. Ketika itulah semua kenangan bersama arwah bermain di kotak fikiran.
Sampai di rumah, bila lihat arwah dan setiap ahli keluarga berada berdekatan dengan mayat, terus rasa tak keruan dan masih tidak faham dengan apa yang berlaku
Waktu tengah baca Yassin, tiba-tiba kedengaran suara, "Tu la, masa mek kau ada untuk ajar kau mengaji, kau tak nak.."
Kejadian aneh berlaku ketika dia berada di kubur. Kedengaran bunyi seperti orang menjerit, "Ya Allah sakit Ya Allah! Nak hidup Ya Allah, tolonggg...!"
Pesanan terakhir, sentiasa ingat ibu bapa di rumah.
Jangan pernah lupa mereka kerana jika ketiadaan mereka, anda akan kehilangan keajaiban doa buat selamanya.
Sumber: Twitter @pearkuku