seismik

Penyanyi Tersohor Dato Seri Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Awal Pagi Ini

Kelahiran bayi beliau adalah bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w).

Cover image via Instagram @ctdk

Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya penyanyi tersohor, Dato' Seri Siti Nurhaliza telah dikurniakan seorang bayi perempuan pagi ini, jam 8:15 am di sebuah hospital di ibu kota

Image via Instagram @ctdk

Memang tidak dapat dinafikan berita tentang kehamilan Dato' Siti Nurhaliza telah menjadi satu berita yang amat menggembirakan beliau, keluarga dan tidak lupa para peminatnya sendiri yang amat menyayangi beliau.

Walaupun sebelum ini beliau pernah mengalami keguguran, namun perkara itu tidak menjadi halangan untuk beliau dan suami, Dato' Seri Khalid untuk terus mencuba memiliki seorang lagi cahaya mata.

Kenyataan rasmi oleh pengurus Dato' Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak telah dikeluarkan menerusi laman Instagram miliknya mengenai kelahiran puterinya pagi ini

Image via Instagram @ctdk

Kenyataan rasmi yang ditulis oleh Rozi seperti di bawah:

Dato’ Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak, Pengurus.

Rozi Abdul Razak (kiri)

Image via Instagram @ctdk

Selain itu, satu lagi kenyataan yang ditulis oleh anak Dato' Seri Khalid sendiri iaitu Asyraf Khalid di laman Instagram beliau beberapa hari sebelum kelahiran adik perempuannya sangat menyentuh hati ramai peminat

Kali terakhir saya mempunyai saudara baru sememangya sudah lama, dalam masa beberapa hari, saya akan mendapat adik perempuan, seorang puteri. Mak Iti, saya sangat gembira untuk Mak Iti. Mimpi telah menjadi realiti.

Satu perkara yang saya pelajari dari anda adalah, anda tidak pernah berputus asa. Banyak kali anda mencuba, tetapi gagal, anda cuba lagi, dan gagal lagi, tetapi anda tidak pernah berputus asa. Akhirnya, Allah menjawab doa-doa kita, umat Malaysia di seluruh negara.

Saya berdoa dan InsyaAllah anak sulung anda akan memberi anda dan ayah kebahagiaan dan sukacita dalam hidup anda dan kehidupan kami sebagai sebuah keluarga. Tahniah, saya tidak sabar untuk mengalu-alukan puteri kami yang baru dalam keluarga ini.

Apa-apa pun, kami dari team SEISMIK mengucapkan ribuan tahniah untuk Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri Khalid atas kelahiran puteri pertama dalam keluarga ini. Alhamdulillah :)

Image via Instagram @ctdk

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi antara perkongsian lain yang menarik hanya di SEISMIK:

You may be interested in: