seismik

"Perang Belon Air" - Anak-Anak Mesra Main Dengan Jiran Warga Asing Ini Curi Tumpuan

Seronok sungguh ya!

Cover image via @syafiq.afifi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki jiran yang baik juga merupakan salah satu bentuk rezeki

Tidak kiralah jiran kita itu berlainan bangsa mahupun berlainan warganegara sekali pun. Jika mereka mempunyai hati yang baik dan tidak menyusahkan juga merupakan suatu nikmat untuk kita.

Iyalah, bukan senang nak dapatkan jiran yang baik dan saling hormat-menghormati bukan?

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila gelagat kanak-kanak bermain belon air dengan jiran warganegara Nepal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jiran Nepal sporting main belon air dengan anak-anak

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @syafiq.afifi, kelihatan dia berkongsi momen ketika anak-anaknya bermain dengan jiran sebelah rumah.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila jirannya itu adalah warganegara Nepal. Walaupun berbeza warganegara, tetapi cara mereka melayan anak-anaknya itu dipuji ramai.

Malah, anak-anaknya juga kelihatan seronok berperang belon air dengan mereka.

"Aku pernah berjiran dengan Nepal dekat flat. Diaorang selalu sedekah duit dekat anak aku" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 1.8M views, 87.6K likes dan 402 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok tengok momen macam ini. Tukang rekod pun kemain ya ketawa besar :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: