seismik

Perfume Paradise x Abam Panda 'Kongsi Rezeki' Bersama-Sama Dengan Penduduk Flat Danau Kota

Program ini bermula dengan pengagihan ayam percuma kepada penduduk di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang baru-baru ini.

Cover image via @perfumeparadisehq (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam usaha untuk memberi kembali kepada masyarakat, Perfume Paradise bersama ikon media sosial, Abam Panda, telah melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertajuk "Kongsi Rezeki Perfume Paradise x Abam Panda" baru-baru ini

Program ini bermula dengan pengagihan ayam percuma kepada penduduk di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang, dengan harapan dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di masa hadapan.

Menurut Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah, kejayaan syarikat dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk pihaknya melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan.

"Dengan pencapaian memberangsangkan yang kami capai, ini adalah masa terbaik untuk kami berkongsi rezeki dengan masyarakat," katanya.

Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran (kanan) bersama-sama dengan isteri Abam Panda, Nurul Atiqah mengagihkan ayam percuma buat para penduduk di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang.

Image via @perfumeparadisehq (Instagram)

Kolaborasi bersama Abam Panda atau nama sebenarnya Zuljamal Zulkefli, 29 tercetus kerana beliau merupakan ikon yang mencerminkan semangat kerja keras dan dedikasi sebagai ketua keluarga.

"Saya pilih Abam Panda kerana beliau adalah seorang suami yang sentiasa berusaha keras untuk menggembirakan keluarganya. Saya nampak perkara ini sebagai satu contoh yang baik untuk golongan muda," ujar Nur Afiqah.

Abam Panda bukan sekadar wajah utama program, tetapi turut serta dalam pengagihan sumbangan kepada penduduk

Nurul Atiqah dan Abam Panda ketika program "Kongsi Rezeki Perfume Paradise x Abam Panda" baru-baru ini.

Image via @perfumeparadisehq (Instagram)

"Saya sangat bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat di sini. Ini juga pengalaman peribadi bagi saya kerana saya pernah tinggal di flat ini ketika saya dan keluarga melalui saat-saat sukar," kata Abam Panda, yang pernah menetap di Flat Danau Kota semasa awal perkahwinannya.

Dalam masa yang sama, Abam Panda turut menyatakan hasratnya untuk terus terlibat dalam aktiviti kebajikan seperti ini.

"Saya dan isteri pernah melalui kehidupan yang sukar. Dari bekerja di kedai makan dengan gaji harian hingga menempuh cabaran pandemik, kami memahami kesusahan yang dialami oleh orang lain. Inilah cara kami ingin berkongsi rezeki," katanya.

Dengan usaha berterusan, Perfume Paradise dan Abam Panda berharap agar program ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi dan individu untuk turut serta dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: