seismik

Perginya Tokoh Agama Ustaz Ismail Kamus, Hadi Awang & Pendakwah Bebas Luah Rasa Sayu

Sesungguhnya Allahyarham pergi di hari dan waktu yang sangat dicemburui.

Cover image via Harakah Daily

Pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12:30 pagi tadi di rumahnya di Ampang

Image via Google

Pemergian tokoh agama terkenal itu sememangnya telah memberikan tamparan yang hebat khusunya buat umat Islam di negara ini.

Allahyarham Ustaz Ismail yang dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor meninggal dunia di usia 72 tahun sehari selepas beliau dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Ampang.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, Allahyarham telah dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Ustaz Ismail Kamus sememangnya seorang insan yang sangat dihormati dan disayangi

Buktinya di ruangan media sosial ketika ini, rata-rata masyarakat beragama Islam turut meluahkan rasa sayu dan sedih atas pemergiannya.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan mereka juga turut mengimbau kembali kenangan mendengar ceramah serta dakwah yang dibuat oleh beliau ketika hayatnya sebelum ini.

Turut tidak ketinggalan merasai pemergian arwah pastinya rakan seperjuangan beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Di Facebook miliknya, Abdul Hadi mengucapkan salam takziah dan meluahkan rasa sayu terhadap pemergian Ismail Kamus.

Susulan pemergian Allahyarham Ismail Kamus, Abdul Hadi tidak ketinggalan untuk menziarahi arwah buat kali terakhir di kediamannya pada pagi tadi.

Perkara itu telah dikongsikan menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Sebagai insan yang sangat disanjungi dan dihormati dalam bidang agama Islam, pemergian Allahyarham Ismail Kamus turut memberi kesan kepada ramai pendakwah bebas

View this post on Instagram

Semoga Allah merahmati mu wahai Al Marhum Tuan Guru. Pernah aku bergurau dengan Al Marhum. Ustaz , tolong doakan saya jadi Alim macam ustaz. Ustaz jawap, ana doakan enta sihat dan alim tapi nak jadi Alim ni , kena usaha dan mengaji dengan ramai lagi ustaz yang Alim. Aku pun jawap, ehhh memang Ustaz laaa paling alim. Dia jawap, kenapa enta kata ana alim? Aku jawap, Sebab Ustaz adalah anak “Kamus”. Dia diam dan gelak besar. Hahaha kena ana dengan enta. Telah pergi Seorang Pendakwah yang menghidupakan hati kita yang sakit dengan nasihat dan doa. Wahai Tuan Guru, kami bersaksi kau telah menjadi orang yang paling banyak manfaat kepada manusia yang lain. ANJURAN SOLAT GHAIB Saya mencadangkan supaya sahabat-sahabat pecinta ulama seluruh Malaysia mengadakan solat ghaib untuk al-marhum Tuan Guru Dato' Ismail bin Kamus sebagai memuliakan kedudukan beliau dan menghargai sumbangan dan khidmat beliau untuk agama Islam . Kaedah solat ghaib seperti berikut 1. Tunggu maklumat sahih bahawa jenazah sudah dimandikan dan dikafankan ,setelah itu barulah solat ghaib dimulakan 2. Niat solat - Senghaja aku menunaikan solat keatas jenazah Ustaz Ismail bin Kamus empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taa'la 3. Kemudian solat jenazah dilakukan seperti biasa. Solat boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah dengan mereka yang ada bersama kita 4. Mereka yang berada berdekatan dan berpeluang untuk datang ,hendaklah solat secara hadir dan sekiranya tidak berpeluang boleh juga solat dilakukan di tanah perkuburan atau melakukan solat ghaib dirumah berdasarkan pandangan Imam Ramli 5. Bagi mereka yang jauh boleh juga mengerjakan solat di tanah perkuburan apabila selesai PKP nanti 6. Niatkan pahala bacaan khatam Quran dihadiahkan seumpamanya kepada al-marhum 7. Kita buat semua ini atas dasar mencintai ulama serta mengharapkan ramai manusia yang akan mensolatkan jenazah kita dan menghadiahkan khataman al-Quran untuk kita pula saat tiba giliran kita kelak Sharekan anjuran diatas.

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@pu_rahmat_official) on

View this post on Instagram

Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah.. Allahu Akbar.. Jadual harian yang disusun Allahyarham Tuan Guru Dato Ustaz ISMAIL KAMUS. 1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg) - Mandi dan ambil wuduk 2. Solat Sunat Wuduk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak). 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfar ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X 8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X 9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x 10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X 11. Solat Sunat Fajar. 12. Solat Subuh. 13. Baca Yaassin lepas subuh. 14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat. 15. Solat Zohor. - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas 16. Solat Asar. - Solat sunat sebelum 17. Solat Maghrib. - Solat sunat selepas 18. Solat Isya' - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas 19. Sebelum tidur baca : - Al-Quran - surah Al-Mulk - surah Sajjadah - surah Al-Waqiah 20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat." Ustaz Ismail Kamus Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi : Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. Allah akan sibukkan kita dengan harta. Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.... Tazkirah C&P

A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun) on

Sungguh, kematian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus di hari yang sangat baik. Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: