Jangan Terpedaya. Gambar Pakcik Bakar Bendera Malaysia Ini Bukan Peserta Bersih
Inilah jadinya apabila sesuatu gambar dimuat naik tanpa soal selidik.
Famous sungguh gambar pakcik pakai baju kuning bakar bendera Malaysia ni. Sejak beberapa hari lalu, gambar ini tersebar secara meluas di laman sosial.
Mungkin disebabkan Bersih 4 semakin hampir dan kebetulan, pakcik ini memakai baju berwarna kuning yang begitu simbolik dan sangat berkait rapat dengan perhimpunan itu
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook, Ibrahim Abdul Rahman memuat naik gambar berkenaan dengan caption yang terang-terang dituju kepada perhimpunan Bersih
Caption berbunyi:
"Bersih is dirty. Bulan Kebangsaan sepatutnya dirayakan bagi mengukuhkan jati diri rakyat. Sebaliknya mereka bercita-cita meruntuhkan negara. Stop them."
Post yang dimuat naik pada 26 Ogos 2015 ini telah mendapat lebih 600 shares selepas dua hari.
Persoalannya, betul ke pakcik pakai baju kuning tu peserta Bersih dan sengaja bakar Jalur Gemilang untuk bangkitkan kemarahan rakyat Malaysia?
Jawapannya TIDAK! Gambar ini sebenarnya telah diambil dua tahun yang lalu di Filipina dan tak ada kena mengena langsung dengan Bersih.
Gambar ini diambil pada 2013 apabila seorang pesara polis membakar bendera Malaysia di hadapan Kelab Akhbar Kebangsaan di Manila kerana mengutuk pengendalian Presiden Benigno Aquino mengenai isu Sabah.
"Daripada melindungi dan menyokong mereka, Presiden Aquino sepatutnya menghukum lelaki bersenjata Filipina di Sabah," kata Abner Afuang, juga seorang bekas Datuk Bandar Pagsanjan, di Filipina.
Tahun lepas (2012), beliau membakar bendera Cina di hadapan Jabatan Pejabat Luar Negeri di Pasay City sebagai membantah dakwaan pencerobohan Beijing ke perairan Filipina.
Getty Images juga telah mengesahkan gambar berkenaan diambil pada 6 Mac 2013
Barangkali rasa dirinya sudah terkantoi, Ibrahim Abdul Rahman bertindak untuk edit tulisannya yang terdahulu dengan membuang ayat 'Bersih is dirty.'
Oh sebelum terlupa, bagi yang tidak kenal siapa Ibrahim Abdul Rahman, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, atau lebih dikenali sebagai Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman
Dan sekarang, kandungan itu sudah tiada dan telah dipadam sama sekali
Namun begitu, kami sempat merakam screenshot beberapa komen dari post berkenaan. Rata-rata netizen mengutuk perbuatan Ibrahim itu yang menyebarkan fitnah dan berita palsu tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.
Bercakap tentang Bersih, jangan lupa follow segala live update di says.com/bersih4. Segalanya ada di sini!