[VIDEO] Orang Kampung Gali Kepak Ayam 'Free' Yang Dah Tertanam Di Sarawak

Dah macam jumpa harta karun!

Semalam, ramai orang kampung telah berkumpul di kawasan Bukit Aup di Sibu, Sarawak untuk acara menggali kepak ayam yang telah ditanam di situ

Image via GIPHY

Menurut Info Sarawak, pihak Kastam Sibu telah merampas kepak ayam sebanyak tiga tan sejak Jumaat lalu kerana tiada permit import yang sah

Image via I Love Sarawak

Dilaporkan bahawa terdapat kira-kira lima atau enam lori kontena yang membawa kepak ayam tersebut yang dipercayai diimport dari New Zealand, kemudian dibawa masuk melalui Semenanjung Malaysia. Namun, ayam-ayam ini dirampas di Pelabuhan Rajang di Sibu selepas pemilik gagal membayar cukai yang berkaitan.

Penduduk Bukit Aup digemparkan dengan berita tersebut lalu menyebabkan mereka berpusu-pusu menggali kawasan tanaman kepak ayam itu sehingga mengubah suasana menjadi seperti pesta.

Image via Berita Harian

"Musykil juga mengapa sumber makanan yang masih elok dibazirkan begitu sahaja," kata salah seorang penduduk di situ.

Image via I Love Sarawak

"Saya sendiri sudah memperoleh hampir seguni kotak ayam. Ada yang masih dalam keadaan baik dan beku ketika ditanam di kawasan ini. Tidak pasti dari mana sumber kepak ayam ini diperolehi dan sebab-sebab mengapa ia ditanam di sini.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, antara lima atau enam kontena mengandungi kepak ayam beku telah dirampas di Pelabuhan Rajang, di sini selepas pemiliknya gagal membayar cukai."

Image via Astro Awani

Lihat video di bawah:

Posted by INFO Sarawak on Tuesday, April 4, 2017

Nampaknya, jumlah kepak ayam yang digali boleh dijadikan jamuan untuk seluruh penduduk kampung!

Image via I Love Sarawak

Image via I Love Sarawak

Image via I Love Sarawak

Penduduk mempercayai bahawa kepak ayam itu masih lagi elok dan boleh dimakan. Namun, pihak berkuasa berkata sebaliknya.

Image via I Love Sarawak

Dalam satu laporan di Astro Awani, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata, pihak berkuasa akan mengambil langkah bagi menghalang orang ramai daripada sampai ke tapak di mana kepak ayam telah dilupuskan terbabit.

"Kami menasihatkan orang ramai yang telah memperoleh kepak ayam itu agar tidak memakannya kerana kita tidak tahu dari mana sumber dan kualiti makanan tersebut," ujar beliau.

Image via I Love Sarawak

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jelas sekali kejadian ini mendedahkan realiti sebenar kehidupan penduduk kampung di sana yang sungguh daif:

Leave a comment