Pilihan Raya McDonald's 2019 Buatkan Ramai Orang Teruja. Sengit Betul Saingan Kali Ini!
Manifesto calon pun bukan biasa-biasa tau!
Selamat Hari Raya buat semua! Kami harap raya anda tahun ini betul-betul meriah dan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bagi yang sudah mula bekerja, tak usah hilangkan lagi mood raya. Masih relevan kalau nak berbaju raya dan bawa juadah raya ke pejabat. Raya kan sebulan. Tapi dalam artikel kali ini, kami bukan nak bercerita tentang raya Aidilfitri ya. Kami sebenarnya nak kongsi dengan korang tentang satu-satunya pilihan raya yang unik dan paling menarik untuk korang ikut serta tahun 2019 ini.
Apa yang best, semua orang pun layak untuk mengundi.
Saingan sengit, ini antara calon yang bakal berentap!
Apa yang menarik pasal pilihan raya ini ialah, calon-calon yang bertanding sebenarnya terdiri daripada 3 menu McDonald’s kegemaran rakyat Malaysia. Pendek kata, sebenarnya kena undi dan pilih makanan yang anda suka je.
Setelah itu, calon yang berjaya menang dalam pilihan raya ini bakal diangkat sebagai hidangan No.1 McDonald’s tahun ini dan anda pula akan dapat manfaat daripada kemenangan tersebut. Nama pun pilihan raya, mesti la ada benefit untuk pengundi kan.
Berikut adalah antara calon yang bertanding:
CALON 1: McChicken
McChicken mempunyai pengalaman lebih 35 tahun sebagai salah satu menu terbaik pilihan rakyat Malaysia. Sehingga kini, ramai yang masih yakin dengan kemampuan McChicken untuk terus memegang gelaran sebagai menu No.1 di McDonald’s.
CALON 2: Double Cheeseburger
Double Cheeseburger boleh dikatakan banyak membawa pembaharuan di McDonald’s . Mereka yang jemu dengan menu berasaskan ayam banyak berubah arah memilih hidangan kepingan daging lembu lazat dalam Double Cheeseburger.
CALON 3: Ayam Goreng McD
Menu ini antara yang menjadi fenomena dan kegilaan rakyat Malaysia sejak 2017 yang lalu. Nampaknya tahun ini Ayam Goreng McD cuba berentap dan mahu merebut gelaran menu terbaik No. 1 di McDonald’s.
Manifesto ‘mereka’ bukan biasa-biasa ya!
Mood pilihan raya anda akan lagi on sebab ketiga-tiga calon ini juga tampil dengan manifesto dan janji mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, anda kena pilih calon yang betul-betul boleh membawa keuntungan kepada kita rakyat jelata!
Jom kita tengok mana satu tawaran yang best dan kita patut undi.
McChicken:
- McChicken memang sekian lama menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana terkenal dengan harganya yang sangat murah dan berpatutan. Jadi, McChicken akan terus membuktikan kemampuannya untuk memenangi hati rakyat Malaysia dengan menurunkan lagi harga menunya.
- Berita gembira! Harga McChicken Meal turun kepada RM8.99 sepanjang tempoh pilihan raya ini. Ini salah satu inisiatif terbaik beliau untuk memastikan rakyat Malaysia turun mengundi.
- Paling best, jika McChicken menang pilihan raya ini, anda juga boleh enjoy 2 hidangan McChicken dengan harga hanya RM5 je sepanjang minggu.
Double Cheeseburger:
- Melalui kempennya, beliau dikatakan akan kembali memperkenalkan semula hidangan popular Quarter Pounder dengan Keju yang sentiasa menjadi sebutan dan permintaan oleh warga media sosial.
- Bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia, beliau juga menjanjikan menu Quarter Pounder dengan Keju akan disenaraikan sebagai menu kekal di McDonald’s kelak.
- Apa yang pasti, rakyat Malaysia juga boleh enjoy 50% diskaun untuk menu Double Cheeseburger jika beliau terpilih dan menang besar dalam pilihan raya nanti.
Ayam Goreng McD:
- Walaupun kemunculannya boleh dikatakan masih baharu di McDonald’s , Ayam Goreng McD nampaknya cuba membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau juga memahami keperluan rakyat Malaysia.
- Dalam keadaan ekonomi yang mendesak dan harga barangan keperluan sedang meningkat naik, Ayam Goreng McD ambil inisiatif menarik untuk turunkan harga menunya kepada RM13.99 sahaja sepanjang tempoh pilihan raya ini!
- Jika beliau menang dalam pilihan raya nanti, beliau turut menjanjikan rakyat Malaysia boleh membeli hidangan Ayam Goreng McD dengan tawaran hebat Beli 1 Percuma 1!
Jom undi calon pilihan anda? :)
Memandangkan ketiga-tiga calon kita dah bertungkus lumus menawarkan janji serta manifesto kempen pilihan raya yang cukup best. Kami sarankan untuk anda segera mengundi mereka selama tempoh lebih kurang dua minggu ini.
Cara nak mengundi senang je, anda hanya perlu kunjungi cawangan McDonald’s berhampiran dan beli menu yang menjadi pilihan anda. Nak lagi senang, anda juga boleh order terus melalui Drive-Thru atau McDelivery. Alah, macam tak biasa pula!
Setiap 1 pembelian bermakna anda dah beri 1 undi kepada calon pilihan tersebut. Lebih banyak anda beli, lebih banyaklah undian yang diterima. Nak lagi best, ajak sahaja keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama support!
Tempoh Pilihan Raya McDonald’s: 13 – 26 Jun 2019
Lokasi Pusat Mengundi: McDonald’s Seluruh Malaysia
Jadi, anda rasa calon mana yang akan menang dalam pilihan raya McDonald’s 2019 ini? Kalau anda nak tahu siapa yang dipilih oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya nanti, anda kena tunggu keputusan pilihan raya diumumkan oleh McDonald’s pada 27 Jun 2019 nanti.
Sebarang maklumat lanjut tentang pilihan raya yang unik lagi melazatkan ini, boleh layari laman sesawang McDonald’s sekarang.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.