seismik

PKP 2.0: Tadika Swasta Yang Berdaftar Dengan KPM Boleh Terus Beroperasi Secara Bersemuka

Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Cover image via Berita Harian & Utusan

Umum sedia maklum mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang beberapa prosedur operasi standard (SOP) semalam

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata semua tadika swasta yang telah berdaftar dengan KPM boleh meneruskan operasi mereka secara bersemuka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kiddy123

Pelajar yang menduduki peperiksaan utama saja boleh ke sekolah

Sementara itu, sesi persekolahan secara bersemuka bagi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kawasan PKP hanya melibatkan murid yang menduduki peperiksaan utama pada tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Peperiksaan itu termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Murid berasrama penuh dibenarkan untuk pulang semula ke asrama

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelajar bersekolah asrama penuh dan asrama sekolah harian di kawasan PKP yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari.

Malah, surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan pelajar merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing

Ianya bertujuan untuk pelajar mengikuti pembelajaran secara hibrid. Manakala, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari ini.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: