seismik

Safee Sali Disiasat, Polis Jumpa Pistol Dan Peluru Di Dalam Keretanya

“Kereta itu memang milik saya tetapi barang kes (pistol) bukan kepunyaan saya." - Safee Sali

Cover image via freemalaysiatoday.com

[TERKINI] Safee Sali tidak terlibat dalam kes penemuan pistol, kata polis

Setelah siasatan dijalankan, akhirnya Safee Sali didapati tidak bersalah dalam kes penemuan pistol dan peluru dalam kenderaannya pada Ahad lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad, siasatan tersebut akan selesai dalam masa terdekat manakala suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas pendakwaan tersebut.

“Dia hanya meninggalkan kenderaannya untuk tujuan diubah suai, tetapi disalah guna oleh suspek,” katanya.

themalaymailonline.com

Suspek disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol dan peluru.

15 MEI: pihak polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak terkenal JDT, Safee Sali yang dipandu seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD)

Image via alhectron.com

Lelaki berusia 34 tahun yang memandu Ford Ranger milik Safee itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan

Safee sebelum ini menghantar kenderaannya itu ke kedai suspek minggu lalu untuk diubah suai dan dijadualkan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via www.themalaymailonline.com

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan selain meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu.

“Biar kita siasat dahulu kereta itu, lagi pun bukan dia yang bawa, orang lain yang gunakan. Orang itu pun telah ditangkap," katanya lagi.

astroawani.com

Menurut beliau lagi, pihak polis tidak boleh membuat andai, siasatan harus dijalankan dan sesiapa yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah

"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

"Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, semalam Safee Sali hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut. Beliau tiba di IPD JBU pada jam 2.30 petang dan selesai memberikan keterangan kira-kira sejam kemudian.

Utusan Online melaporkan beliau yang ditemui di pe­ka­rangan IPD itu berkata, kes tersebut masih disiasat pi­hak polis namun menafikan pis­tol itu adalah miliknya.

Safee Sali bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan di IPD Johor Bahru Utara, Johor Bahru, semalam.

Image via Utusan Online

“Kereta itu memang milik saya tetapi barang kes (pistol) bukan kepunyaan saya. Saya pun tidak mengenali lelaki tersebut (suspek),” katanya.

utusan.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak laporan jenayah di SINI:

You may be interested in: