Buat Live Piala Dunia Di TikTok, Netizen Desak RTM Ambil Tindakan Terhadap Pempengaruh
Difahamkan, siaran berkenaan berjaya menarik lebih 15,000 tontonan, 5,000 perkongsian dan 1.7 juta tanda suka di platform tersebut.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang pempengaruh kontroversi didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di platform TikTok mengundang kecaman hebat dalam kalangan netizen yang menggesa tindakan tegas diambil terhadapnya
Isu itu mula hangat diperkatakan selepas seorang pengguna Threads, mendakwa pempengaruh yang mempunyai kira-kira 1.9 juta pengikut telah melakukan siaran langsung sejak awal pagi dengan memaparkan aksi perlawanan antara Ivory Coast dan Norway.
Menurut dakwaan itu, siaran berkenaan berjaya menarik lebih 15,000 tontonan serentak, selain menerima lebih 5,000 perkongsian dan 1.7 juta tanda suka di platform tersebut.
Individu sama turut mendakwa pempengaruh berkenaan sebelum ini pernah menyiarkan secara langsung perlawanan antara Jerman dan Paraguay, dengan jumlah tontonan dilaporkan mencecah 503,000.
"RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia. Dia buat live TikTok share benda ini satu dunia gara-gara nak kejar view. Semalam (Jerman lawan Paraguay) sampai 503,000 tengok live dia. Jangan kena saman dengan FIFA atau RTM dah lah ye," tulisnya.

Perkongsian itu pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai mempersoalkan tindakan menyiarkan kandungan yang dipercayai mempunyai hak penyiaran eksklusif
Di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pihak berkaitan termasuk RTM mengambil tindakan terhadap pempengaruh terbabit sekiranya didapati melanggar hak penyiaran.
"Moga mereka saman dia. Betul-betul ambil kesempatan," kata seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna turut menggesa orang ramai membuat laporan terhadap akaun TikTok pempengaruh berkenaan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
"Saman je RTM Malaysia. Bukan RTM sahaja, kalau boleh FIFA saman dia sekali tayang secara haram," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


