Konsert Wali Band Bakal Gegar Megastar Arena 21 November Ini – “Exclusive One Night Only”
Hanya 5,000 penonton berpeluang menyaksikan Wali Band secara eksklusif di Megastar Arena.
Cover image via Wali Band – Exclusive One Night OnlyFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan muzik terkemuka Indonesia, Wali Band, bakal kembali mengubat rindu peminat di ibu kota menerusi konsert WALI – EXCLUSIVE ONE NIGHT ONLY yang dijadualkan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 November 2026, jam 8 malam
Dianjurkan bersama oleh 25th Studio dan Infinity Love Creative Venture, konsert ini dirancang secara eksklusif dengan kapasiti penonton yang dihadkan kepada 5,000 orang sahaja.
Penganjuran berskala lebih intim ini memberi peluang kepada peminat untuk menikmati deretan lagu-lagu hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Dik, Doaku Untukmu Sayang dan Tobat dalam suasana persembahan yang lebih rapat.

Kehadiran Wali Band di Kuala Lumpur kali ini menyusuli kejayaan Konsert Wali Kembali di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei lalu yang menghimpunkan hampir 12,000 penonton di bawah penganjur berbeza.
Selain itu, kumpulan berkenaan juga bakal menyapa peminat di selatan tanah air menerusi konsert WALI LIVE IN JB di EduCity Complex, Johor Bahru pada 3 Oktober 2026 yang turut dikendalikan oleh penganjur berasingan.

Najwa Latif bakal tampil sebagai artis undangan khas untuk membuka tirai persembahan
Menambah keistimewaan konsert November ini, penyanyi dan penulis lagu popular tempatan, Najwa Latif, bakal tampil sebagai artis undangan khas untuk membuka tirai persembahan sebelum Wali Band mengambil alih pentas utama. Konsert ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Kool FM sebagai rakan radio rasmi.
Jualan tiket secara rasmi akan mula dibuka pada 23 September 2026 (Rabu), jam 12 tengah hari menerusi platform www.myticket.asia.
Berikut adalah senarai harga mengikut kategori tempat duduk dan berdiri:
- CAT 1 – Dik: RM182 (Free Standing)
- CAT 4 – Tobat: RM252 (Numbered Seating)
- CAT 3 – Doaku Untukmu Sayang: RM322 (Numbered Seating)
- CAT 2 – Baik-Baik Sayang: RM482 (Numbered Seating)
- VIP – Berkah: RM782 (Numbered Seating)
- VVIP – Cari Jodoh: RM2,222 (Numbered Seating)


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


