PU Riz Lancar Quranic Madani, Sokong Aspirasi Menteri Agama Perkasakan Pendidikan Asnaf
Difahamkan, inisiatif itu berjalan selari dengan usaha Kementerian Agama yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada asnaf.
Cover image via @hrisbismail (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usaha melahirkan masyarakat celik al-Quran terus diperkasakan menerusi pelancaran program Quranic Madani yang digerakkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz
Rumah kebajikan Rumah Titian Kaseh dipilih sebagai lokasi sulung bagi memulakan inisiatif murni ini.
Program yang memfokuskan kepada pengajaran al-Quran dan ilmu tajwid itu menghimpunkan penghuni rumah kebajikan tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak-anak kurang berkemampuan seawal usia lapan tahun sehingga peringkat remaja.
PU Riz menjelaskan bahawa program ini dirangka seiring dengan visi yang dibawa oleh Menteri Agama, Dr. Zulkifli Hasan, dalam menyantuni golongan asnaf menerusi sokongan pendidikan agama yang sistematik dan kebajikan yang menyeluruh.
"Inisiatif ini berjalan selari dengan usaha Kementerian Agama yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada asnaf. Kita mahu memastikan pendidikan al-Quran dapat diakses oleh semua tanpa mengira latar belakang, bermula dari usia muda," ujar beliau selepas sesi pengajaran tersebut.

Platform berterusan melawan buta Al-Quran
Selain pengajian asas, Quranic Madani bermatlamat untuk menjadi platform tetap bagi memperkukuhkan kefahaman bacaan kitab suci secara bertajwid. PU Riz menyifatkan sesi pertama di Rumah Titian Kaseh sebagai sangat berjaya dan menerima maklum balas positif daripada para peserta.
"Alhamdulillah, sesi hari ini berjalan baik dan semua penghuni mendapat manfaat. Harapan saya agar Quranic Madani dapat diperluaskan ke seluruh negara supaya setiap lapisan masyarakat di Malaysia mampu membaca al-Quran dengan baik dan sempurna," tambah beliau lagi.
Susulan kejayaan di lokasi pertama, program Quranic Madani dijadualkan akan menjelajah ke beberapa lokasi strategik lain selepas ini. Langkah ini diambil bagi memastikan dakwah dan pendidikan agama terus menyentuh sanubari masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan bimbingan secara percuma dan konsisten.
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


