seismik

Terlepas Tonton Filem 'Pulang' Di Pawagam? Kini Anda Boleh Saksikannya Di Netflix

Tengok banyak kali pun tak bosan.

Cover image via SAYS

Masih ingat lagi pada pasangan sehidup semati Che Thom dan Othman?

Image via Pulang

Filem Pulang berkisar tentang sebuah kisah cinta agung antara dua insan, Che Thom dan Othman yang diinspirasi daripada kisah benar yang berlaku pada zaman 40-an. Ia telah ditayangkan di pawagam pada 26 Julai lalu dan telah mendapat sambutan hangat dari para peminat filem tempatan.

Bagi yang tak sempat menonton Pulang di pawagam, usah risau!

Filem epik ini akan ditayangkan di Netflix bermula hari ini (28 September 2018).

Image via Pulang

Pulang menceritakan perjalanan hidup pasangan suami isteri, Puteri Aishah (Che Thom) dan Remy Ishak (Othman) yang terpaksa berpisah kerana Othman adalah seorang nelayan yang ingin mengubah nasib keluarga dengan belayar ke serata dunia dan Che Thom terpaksa merelakan Othman pergi.

Othman berjanji kepada Che Thom bahawa dia akan kembali, namun hari berganti hari, Che Thom masih menanti Othman setelah 61 tahun berlalu. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Filem PULANG Kini Di Netflix!

Cerita yang mengisahkan pengorbanan serta kesetiaan pasangan ini pasti akan membuatkan anda mengalirkan air mata. Othman dan Thom masih saling mencintai walaupun sudah 61 tahun berpisah. Sedihnya! :( p/s: Kalau nak tengok filem ini, jangan lupa subscribe to Netflix!

Posted by SAYS SEISMIK on Friday, September 28, 2018

Saksikan Pulang di Netflix

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi tentang Pulang di bawah:

You may be interested in: