seismik

Rainforest Eco Fest Asia 2018 Tidak Menjadi? Betul ke?

Acara ini telah berlangsung pada 21 dan 22 April bersempena dengan Hari Bumi Sedunia.

Cover image via Instagram

Acara yang berlangsung selama dua hari ini mengetengahkan persembahan dari kumpulan-kumpulan muzik yang tidak asing lagi dari pentas indie Malaysia

Walau bagaimanapun, festival yang berlangsung selama dua hari di Taman Botani, Shah Alam ini menerima banyak komen negatif daripada pengunjung. 

Kami juga sempat berkunjung ke festival ini pada hari kedua dan rata-rata keadaanya agak hambar. Banyak vendor makanan telah pun menutup gerai mereka walaupun acara masih belum selesai.


Terdapat juga booth pameran yang berkaitan dengan alam sekitar serta perhutanan

Booth pameran di sana juga turut menyediakan informasi yang sangat berguna kepada pengunjung dari segi Ecology dan Biodiversity.

Pada sebelah malam Sabtu 21 April itu, cuaca menjadi kurang baik apabila hujan mulai turun. Malah, pada malam itu juga terdapat gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan persembahan yang patut diadakan pada malam itu dianjak ke hari esoknya.

Orang ramai telahpun datang tetapi tiada persembahan pada malam itu.

Pameran dari Pelajar Ekologi dan Biodeversity,UM

Image via Instagram @Wildlove.ecob

Pameran fossil dari Perhilitan Selangor

Image via Instagram @RainforestEcoFestAsia

Pada hari kedua festival itu, kelihatan pengunjung mulai berkurang selepas kejadian hari pertama

Walau bagaimanapun, malam akhir festival itu berlangsung dengan meriahnya. Persembahan mengagumkan dari Ramayan, Budak Nakal Hujung Simpang serta Pitahati menutup festival itu dengan sangat baik.

Kelihatan juga terdapat beberapa keralatan dari segi sistem bunyi pada malam itu, tetapi sikap profesionalisme artis-artis yang membuat persembahan pada malam itu telah dengan jayanya menambat hati penonton. 

Pitahati

Image via Twitter

Ramayan

Image via Twitter

Mungkin faktor cuaca yang menyebabkan festival ini agak huru-hara serta hambar

Sungguhpun begitu, pengunjung masih lagi dapat enjoy persembahan serta festival ini. Bukan selalu dapat menjiwai muzik ditemani bintang-bintang serta cahaya bulan yang sangat menenangkan. Semoga anjurannya pada tahun hadapan lebih meriah lagi! 

Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanah air.

Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!

Image via Pixabay/SAYS

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ikuti rantaian #SAYSplaylist disini!

You may be interested in: