seismik

Alami Pengalaman Pembelajaran Canggih & ‘Trendy’ Dengan HUAWEI MateBook X Pro. Terbaik!

Nice beb!

Cover image via HUAWEI Malaysia

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI.

Salah satu cara untuk berkembang dan mencapai potensi penuh ialah dengan menjadikan komputer riba yang dipercayai sebagai teman baik

Image via HUAWEI Malaysia

Dengan komputer riba flagship terbaru daripada HUAWEI iaitu MateBook X Pro, ia akan membantu anda membuka peluang baru dengan teknologinya yang terkemuka.

Tak kisahlah anda akan gunakannya untuk personal growth, research atau buat content untuk dikongsikan dengan orang lain, MateBook X Pro akan bantu anda belajar satu atau dua perkara baru.

Nak tahu kenapa MateBook X Pro menjadi satu laptop terkemuka?

Baca di bawah:

1. Selebriti pun bercakap tentang kehebatan MateBook X Pro!

Host dan penyampai radio tanah air, Haniff Hamzah pun kagum dengan kehebatan MateBook X Pro ini!

2. Pembelajaran sepanjang hayat

Image via HUAWEI Malaysia

Sepanjang PKP dan PKPB, kita ada lebih banyak masa di rumah dan ini berikan kita lagi banyak peluang untuk meningkatkan pengetahuan yang ada atau melengkapkan diri dengan kemahiran baru. 

Semua ini memang tak mustahil dengan adanya connection internet yang baik. HUAWEI MateBook X Pro bukan je menyokong Wi-Fi terpantas di dunia pada laptop, tapi juga membolehkannya mendapat isyarat yang lebih baik dan beri sambungan yang stabil.

Lupa kata laluan komputer riba atau rushing nak siapkan tugasan yang sangat penting? 

Jangan risau sebab MateBook X Pro dilengkapi butang kuasa cap jari. Jadi anda boleh on dan sambung buat kerja dengan cepat. Dah tak payah nak masukkan password berulang kali.

Selain itu, MateBook X Pro mempunyai hayat bateri sehingga 15 jam sepanjang hari yang dikuasakan oleh bateri 56Wh. Mudahlah korang nak kekal berhubung ketika mengikuti kursus online di laman web pembelajaran seperti Udemy, Coursera dan Skillshare.

Image via HUAWEI Malaysia

Teknologi panggilan video MEETime juga dapat jadikan pengalaman belajar lebih FUN. Kongsi skrin dengan kawan atau mentor dan mereka dapat bantu untuk anda lebih faham tentang sesuatu perkara dan dapat belajar on the spot. Taklah membazir masa!

3. Kekal aktif walaupun masih dalam tempoh PKPB

Image via Nino's Home

Walaupun gim masih ditutup, anda masih boleh bersenam dan kekal aktif dengan menonton ribuan video workout yang ada secara online. Boleh pilih nak menari ikut rentak lagu dengan PopSugar Fitness, ikuti 20 minit senaman HIIT dengan Pamela Reif atau buat rutin yoga dengan Adriene Mishler. Semua ni takkan habis dengan paparan Ultra FullView MateBook X Pro yang menyokong resolusi sehingga 3K dengan skrin sentuh intuitif.

Image via Nino's Home

Buat yang nak level up skill memasak, boleh manfaatkan pembesar suara quad pada MateBook X Pro untuk pengalaman suara yang awesome sambil follow video-video resipi di media sosial. Kami jamin, anda takkan tertinggal step atau bahan dengan pembesar suara ini.

4. Sedap mata dipandang & mudah dibawa ke mana-mana!

Image via HUAWEI Malaysia

Sekarang, banyak universiti berprestij seperti Harvard, Yale dan Oxford ada tawarkan kursus dalam talian percuma. Anda boleh belajar tentang keusahawanan teknologi dalam masa 5 minggu, memahami perbatasan dan kontroversi Astrofizik atau belajar bagaimana Star Trek pengaruhi budaya dan teknologi. Semuanya ikut pace anda sendiri dan tak perlu keluar dari rumah pun.

Tapi, ini perlukan waktu berjam-jam kajian dan penyelidikan yang boleh menyebabkan tekanan pada mata anda. Dengan mod keselesaan mata MateBook X Pro, anda boleh sesuaikan kecerahan dan tona skrin. Barulah syok nak belajar.

Image via HUAWEI Malaysia

Badan komputer riba yang sangat nipis setebal 14.6mm dan berat 1.33kg menjadikannya sangat mudah alih. Ngam sangat untuk anda yang selalu on the go. Anda takkan ada masalah untuk membawanya ke kafe kegemaran atau ke mana-mana sahaja.

5. HUAWEI Share – Sharing is caring!

Image via HUAWEI Malaysia

Selepas semua pembelajaran, anda mungkin nak berkongsi pengetahuan baru dengan rakan, keluarga atau mungkin juga seluruh dunia melalui internet. Tak kisahlah nak buat blogpost atau Vlog, MateBook X Pro akan sedia membantu. 

Dengan teknologi HUAWEI EMUI10, anda boleh berkongsi data melalui HUAWEI Share. Multi-screen Collaboration pun boleh juga. Hanya perlu sambungkan telefon pintar ke laptop dan korang boleh mula berkongsi fail, gambar dan video tanpa halangan. 

Anda boleh kawal kedua-dua skrin di MateBook X Pro dan buat kerja dengan ciri-ciri hebat pada laptop. Antaranya skrin sentuh dengan paparan Ultra FullView dan edit video atau audio menarik dengan perisian berbeza untuk bantu orang lain pula faham apa yang anda dah belajar sebelum ini.

6. Promosi & freebies menarik menanti anda!

Image via HUAWEI Malaysia

Sempena bulan Ramadan, HUAWEI mengadakan promosi HUAWEI Dihati mulai sekarang sehingga 7 Jun. Anda boleh nikmati hadiah bernilai hingga RM1,700 termasuk aksesori HUAWEI, baucar dari Baskin Robbins, The Chicken Rice Shop dan Tealive serta diskaun eksklusif.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menang banyak hadiah menarik dari cabutan bertuah. Antaranya MateBook X Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI 360 Camera, HUAWEI SoundStone Bluetooth Speaker.

Rasa macam kena belilah siri HUAWEI MateBook X Pro!

Image via Giphy

Kena beli lagi-lagi kalau nak level up skill yang ada. Jom dapatkan HUAWEI MateBook X Pro di HUAWEI Store sekarang juga. Sebab dengan setiap pembelian MateBook X Pro, anda akan dapat hadiah percuma bernilai RM1,936 termasuk HUAWEI Sound X. Lepas ini lagi syoklah nak tengok movie atau dengar lagu pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Boleh rujuk harga siri HUAWEI MateBook pada jadual di bawah.

Image via HUAWEI Malaysia

*Sementara stok masih ada.
*Ketibaan stok Emerald Green akan diumumkan nanti.

Untuk tengok semua promosi yang lain, boleh klik SINI.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment