Raya Bakal Menjelang, Semua Dah Mula Nak Jadi 'Rare' Di Pagi Raya Nanti. Lain Maciem!
Ini yang buatkan rakyat Malaysia tak keruan pada Hari Raya ni!
Fuh, lain maciem sungguh fesyen baju raya yang viral di media sosial sekarang. Jubah sado lah apa lah. Bukan biasa-biasa!
Pernah tak buat perkara rare masa raya?
Kadang-kadang bila buat benda yang lain daripada yang lain masa raya, barulah sambutan hari raya terasa lebih meriah. Lebih-lebih lagi, zaman ledakan teknologi ni, di mana semua benda kita nak kongsi di media sosial.
Cakap pasal benda 'rare', antara beberapa momen lain maciem yang pernah jadi trending masa raya satu ketika dulu
Haa, pernah buat tak? Baik mengaku cepat!
Satu ketika dulu trending orang buat challenge ni, di mana anda kena ambil gambar serupa seperti gambar lama yang pernah dirakamkan. Paling cun kalau gambar yang ditangkap nampak sebjijk, yang berubah hanya latar masa aje.
Memang tabik famili yang berjaya untuk buat challenge ini. Mana tidaknya, bukan senang untuk adik-beradik atau sanak-sedara nak berkumpul dalam satu masa. Benda macam ini kalau dibuat setiap kali raya bukan je boleh mengeratkan silaturahim malah mampu mengamit memori.
Jom cuba raya tahun ni? :)
Bergaya dengan baju raya yang luar biasa. Barulah menonjol sikit!
Selalunya setiap kali raya majoriti yang meraikan akan mengenakan baju kurung atau baju melayu. Tapi bila baju raya korang mempunyai corak yang berbeza daripada kebiasaan, mesti akan jadi tumpuan orang ramai!
Yelah, siapa je yang sanggup pakai baju raya corak Hello Kitty atau Doraemon masa raya. Lain daripada yang lain sungguh. Berani tak pakai? Hehe.
Melancong ke luar negara untuk menyambut Hari Raya. Macam seronok je!
Kalau dahulu, ketika hari raya memang akan menjadi satu kewajipan untuk pulang berkumpul beramai-ramai di kampung. Tapi sekarang macam dah jadi satu trend baru pula, menyambut raya di perantauan.
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berasa tak meriah bila beraya di perantauan. Namun, sebenarnya asalkan semua ahli keluarga berkumpul bersama, semangat raya tetap akan ada.
Gitu!
Raya dengan snek Mister Potato edisi terhad raya. Memang lain maciem beb!
Ingin tahu macam mana anda boleh menyambut raya lain maciem tahun ni? Jawapannya, kenalah sambut raya dengan snek Mister Potato edisi terhad. Kali ini bukan satu tapi ada dua perisa yang WAJIB anda cuba. Sedap!
Sejak Mister Potato bagi teaser di laman facebook mereka, netizen sudah mula tinggalkan komen tentang perisa yang nak dikeluarkan. Nampaknya netizen takkan kecewa kali ini.
Tonton klip di bawah ini dulu:
Mister Potato Rendang Crisps & Satay Chips edisi terhad. Kena cuba, WAJIBBBBBB!
Bukan biasa-biasa nampaknya perisa edisi terhad Mister Potato kali ni. Perisa rendang dengan satay memang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, dibuat pula perisa snek kentang kegemaran ramai. Mesti tak sabar nak cuba kan?
Kalau ada nak tahu, untuk edisi terhad ini, Mister Potato Rendang Crisps hanya ada dalam bentuk canister sahaja. Mister Potato Satay Chips pula dalam format bag yang biasa anda beli.
Nak sesuatu yang lain maciem raya nanti? Dapatkan Mister Potato masing-masing!
Raya nanti jangan lupa untuk dapatkan Mister Potato Rendang Crisps dengan Satay Chips ini. Boleh kongsi-kongsi dengan sedara-mara atau tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Tak perlu nak menyusahkan diri kacau-kacau atau kipas-kipas bila nak makan rendang atau satay sebabnya anda boleh dapatkan rasa ini hanya dengan Mister Potato.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut, boleh terus je ke laman Facebook rasmi Mister Potato.