seismik

Sejukkan Badan Anda Dengan 5 'Smoothie' Buah-Buahan Ringkas Dan Sedap Ini

Smoothie buah-buahan ini memang best untuk dinikmati pada hari yang panas!

Cover image via myresipi

Cuaca di Malaysia sekarang memang panas! Keluar rumah 10 minit pun baju boleh basah kuyup dengan peluh.

Memang best bila kita dapat menikmati minuman manis dan sejuk untuk menyejukkan badan pada hari yang panas!

Image via Giphy

Checkout 5 resipi smoothie buah-buahan ringkas dan sedap di bawah:

1. Peach Smoothie

Peach Smoothie

Image via MyResipi

Resipi ini memang murah untuk dibuat kerana hanya menggunakan buah peach dalam tin saja! Juga menggunakan esen vanilla dan susu, anda dapat menghasilkan smoothie yang sangat creamy dan flavourful dengan rasa peach yang sangat kaw! 

Dapatkan resipi Peach Smoothie di sini.

2. Mix Fruit Smoothie

Mix Fruit Smoothie

Image via MyResipi

Mengikut citarasa dan kreativiti anda, resipi ini boleh dihasilkan dengan apa-apa buah kegemaran anda! Kalau anda sedang berjimat, guna saja buah-buahan yang sedang bermusim.

Dapatkan resipi Mix Fruit Smoothie di sini.

3. Nanas dan Peanut Butter Smoothie

Nanas Peanut Butter Smoothie

Image via MyResipi

Anda pasti tidak pernah merasa kombinasi perisa nanas dan peanut butter kan? Flavour ini memang unik, tapi sangat sedap. Manis dan refreshing, smoothie ini pasti akan disukai oleh keluarga, terutamanya kanak-kanak. 

Dapatkan resipi Nanas dan Peanut Butter Smoothie di sini

4. Avocado Smoothie

Avocado Smoothie

Image via MyResipi

Smoothie avocado memang teramat popular di Malaysia, tapi memang mahal kalau nak beli. Ini cara anda boleh membuatnya di rumah dengan harga yang sangat murah. Resipi ini hanya menggunakan satu biji buah avocado saja untuk membuat smoothie yang sangat lazat dan cukup berlemak! 

Tambah lagi dengan sos coklat choki-choki, memang padu!

Dapatkan resipi Avocado Smoothie di sini

5. Strawberry Smoothie

Strawberry Smoothie

Image via MyResipi

Resipi ini khas untuk peminat strawberi! Dengan menggunakan 10 biji buah strawberi dan juga dadih berperisa strawberi, anda dapat menghasilkan smoothie yang bukan saja sedap, tetapi kelihatan sangat menyelerakan dengan warna merah jambunya yang terang. 

Dihidangkan dengan whipped-cream, smoothie ini pasti akan menjadi kegemaran anda! 

Dapatkan resipi Smoothie Strawberry di sini.

Cuba banyak lagi resipi menarik di sini: