seismik

RichWorks Kongsi Solusi 'Polikrisis' Yang Boleh Usahawan Ambil Peluang & Bangkit Semula

Seminar 10X Bina Bisnes Berjaya bakal diadakan di Ideal Convention Centre, (IDCC) Shah Alam pada 2 dan 3 September ini.

Cover image via RichWorks

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh RichWorks.

Tanpa sedar, dunia kini berdepan 'polikrisis' yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, polikrisis (polycrisis) bermaksud beberapa krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.

Katanya, kami dapati ramai usahawan di luar sana sedang berdepan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah 'game' bisnes dengan cepat.

"Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.

"Jadi saya bersama RichWorks terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Terbuka kepada semua pemilik perniagaan, usahawan dan juga founder

Sebagai rekod, inisiatif Bina Bisnes Berjaya (BBB) telah bermula pada April 2020 secara online bagi memberikan sokongan dan panduan segera buat ramai usahawan yang ‘terperangkap’ di rumah masing-masing.

Signifikannya, ribuan mengikut program ini mendapatkan jawapan, inspirasi dan semangat untuk terus melakukan perubahan dalam bisnes serta tindakan berterusan.

Lebih 15,000 peserta terutama usahawan hadir dan mendapat manfaat dari BBB. Ramai usahawan Titanium & Spire circle RichWorks dilahirkan melalui BBB ini.

Bermula dari program BBB, mereka bukan saja belajar asas bisnes yang berjaya bahkan peluang membina jaringan dan kejayaan, kesilapan serta kegagalan orang lain.

Kini, 10XBBB akan menemui usahawan yang serius dan komited dalam bisnes.

Image via RichWorks

Program: Live! (Bersemuka)
Speaker: Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Penganjur: RichWorks bersama Media Prima
Tarikh: 2 hingga 3 September 2023
Masa: 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Lokasi: Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, Selangor

Tambah Pengerusi RichWorks itu lagi, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.

“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.

“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Azizan menyeru bangsa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 2 dan 3 September nanti.

“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara langsung agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini.

“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” ujarnya.

Image via RichWorks

Jom daftar ke seminar 10X Bina Bisnes Berjaya sekarang atau klik di sini untuk pendaftaran secara PERCUMA!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik