seismik

"Kesianlah" - Rider Basah Kuyup Di Luar Rumah Sambil Tunggu Pelanggan Ambil Makanan

Alert bila hujan, cepat cepat ambil makanan guys!

Cover image via @laparperutku (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Umum sedia maklum, servis penghantaran makanan beroperasi mengikut waktu operasi restoran

Bukan saja beroperasi dari pagi hingga malam, malah hujan atau panas terik juga perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua orang. 

Baru-baru ini, tular video melalui aplikasi TikTok berkenaan seorang rider yang kehujanan sewaktu menghantar pesanan pelanggan mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kehujanan basah kuyup di luar rumah sambil tunggu pelanggan keluar

Menerusi video yang dimuat naik laparperutku di laman TikTok, kelihatan seorang rider menunggu lama di depan rumah pelanggan. 

Rider berkenaan kehujanan sambil menelefon pelanggannya. Bukan itu saja, rider itu juga tampak bertanggungjawab apabila dia mencuba melindungi makanan pelanggan daripada terkena hujan. 

"Kalau hujan standby depan rumah bukakan pagar, kesian rider ni..." - Netizen

Video itu tular sehingga mendapat 13.1K tanda suka, 2K komen serta 810 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut sedih dan merasa kesian dengan rider tersebut. Mereka memberi nasihat kepada umum supaya sentiasa bersedia jika memesan makanan ketika hujan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Guys, alert ya kalau pesan makanan masa hujan. Semoga semua rider di luar sana dipermudahkan segala urusan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: