Risau Tak Sempat, Ramai Pengguna LRT Berlari Ke Train Seterusnya Undang Reaksi Ramai
Masing-masing dah macam zombie berlari.
Masyarakat di kawasan bandar lebih memilih untuk menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya
Kemudahan LRT, MRT, Monorel dan BRT di kawasan tumpuan bandar mampu meringankan beban rakyat serta memberikan banyak kebaikan.
Baru-baru ini, tular satu video di Twitter berkenaan gelagat pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) yang berpusu-pusu berlari telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masing-masing berlari pantas ke arah LRT seterusnya
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @payottt di Twitternya, kelihatan ramai pengguna LRT yang berlari pantas ke arah train seterusnya di sebuah stesen.
Apa yang lebih menjadi tumpuan adalah apabila pintu LRT itu dibuka, dilihat ramai pengguna keluar dan berlari segera ke arah train di seberang kerana risau akan kelewatan.
Video di Twitter tersebut merupakan salah satu reply daripada ciapan gerak kerja dan pembaharuan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkenaan infrastruktur Aliran Transit Ringan (LRT).
"This akak run like her life depends on it" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 4.3K retweet, 1.8K qoute retweet dan 6.8K likes, rata-rata netizen terhibur dan kagum dengan gelagat larian pengguna LRT itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!