RTM Penyiar Rasmi Sukan Komanwel 2026, Rakyat Malaysia Boleh Tonton Secara Percuma!

Peminat sukan tanah air boleh ikuti aksi atlet negara di Glasgow menerusi RTMKlik.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan aksi temasya sukan antarabangsa tanpa perlu melanggan saluran berbayar apabila RTM diumumkan sebagai penyiar rasmi Sukan Komanwel Glasgow 2026

SAYS.com
Image via @malaysia_hari_ini (Instagram)

Menurut Berita RTM, perkara itu dimuktamadkan selepas RTM menandatangani perjanjian hak penyiaran bersama Commonwealth Sport bagi membawa liputan penuh temasya berkenaan kepada penonton tempatan.

Ini bermakna peminat sukan tanah air boleh mengikuti aksi atlet negara di Glasgow menerusi saluran televisyen RTM serta platform digital RTMKlik.

Bakal siarkan pelbagai acara utama

SAYS.com
Image via Berita RTMImage via

Sepanjang temasya berlangsung, RTM dijangka membawakan siaran langsung, sorotan harian, analisis dan liputan khas melibatkan penyertaan kontinjen Malaysia.

Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan menampilkan beberapa acara utama termasuk olahraga, renang, badminton, gimnastik, berbasikal, boling padang, judo, tinju dan beberapa lagi disiplin yang menjadi tumpuan peminat sukan.

Pelantikan ini meneruskan rekod RTM sebagai antara penyiar utama bagi temasya sukan antarabangsa yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati liputan secara percuma.

Bagi penyokong sukan negara, ia pastinya berita yang menggembirakan kerana mereka berpeluang menyaksikan sendiri perjuangan atlet Malaysia memburu pingat di pentas Komanwel tanpa perlu risau mengenai akses siaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: