seismik

Saintis UTHM Berjaya Temui Ekstrak Biji Bambangan Untuk Bunuh Sel Kanser Payudara

Tak ramai yang tahu, sebarkan kepada keluarga dan rakan. Semoga bermanfaat!

Cover image via Borneo8888 / Facebook

Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel kanser ini tak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah yang besar.

Sel kanser hanya akan dikesan apabila ianya semakin membesar. Namun, apabila sudah dikesan, untuk menghilangkan kanser ini sangatlah sukar. Kita hanya boleh mencegah daripada ianya merebak sahaja.

Terbaru, perkongsian dari page Facebook Borneo8888 ada menerangkan cara untuk mematikan sel kanser payudara. Perkongsian tersebut telah mendapat 18k shares kerana rata-rata masyarakat masih belum tahu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Seorang saintis dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kongsi pendedahan Buah Bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara. Sebelum itu, kenali Buah Bambangan ini dahulu.

Buah Bambangan (magnifera pajang) merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mempunyai rasa yang masam.

Buah ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang kecil biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, manakala jenis yang besar berbentuk agak bujur dan boleh mencapai berat sehingga 3-4 kilo sebiji.

Ia merupakan tumbuhan hutan dan tersenarai sebagai tumbuhan terancam dalam senarai IUCN (International Union for Conservation of Nature and Natural Resources) dengan klasifikasi VU. Mempunyiai taburan yang lebih banyak di Sabah sebagai tumbuhan liar dan adakalanya ditanam oleh penduduk asli di kawasan penempatan mereka.

Kenali ciri-ciri Buah Bambangan yang anda perlu tahu. Jangan tersalah pula ya!

Seperti juga dengan buah-buah hutan tropika yang lain, ia mempunyai bau yang agak kuat (seakan-akan manis) namun rasanya tetap masam. Warnanya isinya juga adalah lebih terang namun lebih kasar seperti juga bacang.

Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang.

Untuk menikmati buah ini, anda perlu tahu kaedah mengupasnya yang agak berbeza daripada buah yang lain

Masyarakat tempatan biasa menggunakannya sebagai jeruk ketika ianya masih muda. Ia sesuai juga dijadikan sebagai kerabu atau dicampur bersama sambal belacan.

Untuk menikmati buah ini kulitnya perlu dikupas dengan kaedah yang agak berbeza iaitu dengan mengoyakkan kulitnya yang tebal tersebut. Buah yang masak juga dikatakan lebih enak sekiranya dinikmati dengan garam dan cili.

Kajian telah membuktikan bahawa Buah Bambangan mampu membunuh sel kanser kira-kira 15% daripada sel-sel mati dalam masa 24 jam

Image via novi.ba

Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berjaya menemui ekstrak dari biji Bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara dengan menghentikan kitaran pertumbuhan sel pada titik tertentu bergantung kepada laluan sel.

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas sel kanser payudara, didapati kira-kira 15% daripada sel-sel mati dalam masa 24 jam.

Kajian penyelidikan baharu menunjukkan bahawa Bambangan mungkin mempunyai manfaat melawan kanser.

Kanser merupakan musuh utama manusia.

Ia boleh merebak pada bila-bila masa tanpa anda ketahui. Anda digalakkan untuk lebih bersenam dan jaga permakanan bagi mengelakkan kanser daripada membiak. Semoga berjaya!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Gadis ini hilang sebelah ovari akibat kanser. Sedih sangat :(

Yang penting, kalau tak nak kanser aktif dalam badan, jangan sesekali beli supplement yang tak diiktiraf. Bahaya!

Leave a comment