Variasi Perisa, Harga & 5 Lagi Perbezaan Antara Susu Generasi Terdahulu Vs Sekarang
Anda tahu tak susu ketika zaman mak ayah kita dulu tak sama dengan susu yang kita minum sekarang?
Banyak sebenarnya perbezaan kalau nak dibandingkan dengan dulu. Sama seperti industri lain, industri tenusu juga dah semakin maju.
Di bawah ini merupakan lima perbezaan susu yang anda minum sekarang dengan susu yang ibu bapa minum pada zaman dahulu:
1. Susu selamat diminum atau tidak?
Generasi terdahulu hanya memasak susu tanpa memeriksa suhu yang optimum dan sama ada susu itu selamat atau tidak untuk diminum.
Beza dengan kita sekarang, dengan adanya pelbagai jenis teknologi industri tenusu dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan selamat, misalnya Dutch Lady, ia menghasilkan susu UHT dan susu beku yang dipasteurisasi dan disterilkan.
2. Variasi susu berperisa
Zaman ibu bapa kita dulu hanya 1 satu perisa susu je. Sampaikan ada yang tak sanggup minum susu bila dah walaupun dah meningkat usia sebab dari kecil tak diajar untuk minum.
Tapi sekarang dah advance kerana anda boleh dapatkan susu dengan pelbagai perisa. Antaranya adalah perisa strawberi, coklat, full cream, plain dan banyak lagi. Barulah best sebab boleh pilih susu apa yang kita suka dan kena dengan selera.
3. Harga susu yang mahal
Kadang-kadang ada juga ibu bapa yang terpengaruh dengan rakan-rakan untuk beli susu yang berjenama dan mahal. Maklumlah, ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak, tapi bukan semua ibu bapa yang berkemampuan.
Sekarang dah tak payah risau, sebab dah banyak pilihan susu yang menarik dan berjenama anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan di pasaran.
4. Bekas kaca kepada kotak
Dulu kebanyakan kilang menggunakan botol kaca untuk pembungkusan susu. Tapi menjelang tahun 1950-an dan 1960-an banyak kilang susu mula menggunakan kotak kadbod untuk menggantikan botol.
Ini membolehkan lebih banyak susu dibawa dan dipamerkan di tempat tertentu daripada botol kaca. Kotak kadbod juga dapat mengurangkan kos bagi pengguna kerana penggunaan kadbod kertas lebih murah daripada botol kaca.
Samalah macam packaging baru susu Dutch Lady!
Kalau anda nak tahu, packaging Dutch Lady dihasilkan daripada bahan kitar semula dari sumber hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) tau. Jadi, ini menjadikan packaging mereka lebih mampan dan anda juga boleh kitar semula bekas-bekas susu Dutch Lady.
Paling menarik, di setiap pek ada kod QR yang anda boleh scan untuk maklumat lanjut tentang pusat kitar semula yang mengambil bahagian, serta langkah-langkah bagaimana mengitar semula di pusat masing-masing.
5. Hasil susu yang banyak dan lebih baik!
Tahukah anda, lembu menghasilkan susu sebanyak 61% lebih banyak berbanding 25 tahun lalu?
Ini bermakna susu lebih mudah didapati sekarang. Paling penting, susu sekarang lebih sihat daripada susu generasi sebelumnya. Contohnya susu terbaru Dutch Lady dengan resipi yang diperbaharui mempunyai lebih banyak kalsium dan protein daripada yang terdahulu bagi memenuhi Healthier Choice Criteria.
Bagus bukan?
Dutch Lady berwajah baharu dengan resipi yang lebih baik!
Untuk pengetahuan anda, semua rangkaian produk susu minuman dan susu tepung keluarga Dutch Lady mempunyai resipi baharu yang lebih baik kekal lazat dengan memenuhi kriteria baharu Logo Pilihan Lebih Sihat Malaysia.
Rangkaian produk ini diformulasikan dengan protein lebih padat untuk menguatkan sistem imun dan lebih banyak kalsium untuk tulang yang kuat.
Selain itu, ia juga dapat membekalkan kekuatan dan tenaga bagi menjadikan anda dan anak-anak lebih kuat. Ia semestinya pilihan yang lebih sihat untuk anda sekeluarga.
Jom dapatkan susu Dutch Lady berwajah baharu dengan resipi yang lebih baik sekarang!
Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.