seismik

"Saya Doa Agar Tuhan Jauhkan Riak Dari Hati Kita Semua. Termasuk Kamu, Aliff Syukri"

"So, no, it's not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan." - Khairulnizam Bakeri

Cover image via SAYS

Sebut saja 'Abang Terlajak Laris' pasti sudah ramai mengenali usahawan terkenal yang bernama Dato' Aliff Syukri ini

Image via www.tv14.my

Mana taknya, setiap iklan produknya di TV pasti lain daripada lain. Berjogetlah, hentak kaki lah dan macam-macam lagi. Malah, karakternya yang kelihatan lincah di hadapan kamera pasti membuatkan sesiapa saja akan perasan dengan kehadirannya di kaca TV.

Beliau juga seorang yang aktif di media sosial dan beliau seringkali memuat naik gambar dan video bagi berkongsi dengan orang ramai akan aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut.

Namun, baru-baru ini beliau telah dikritik hebat oleh orang ramai hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik beliau di laman Instagram miliknya. Katanya seolah-olah beliau tidak bersyukur dan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Kenapa?

Rumah semntara saya semntra nak tunggu rumah baru saya siap dibina.. .
.
disini sunyi dan sejuk memng kekok sikit duduk sini pada awalnya sbb size rumah ni agak kecil sedikit memang ada 8bilik tp bilik kecik2 ..3bilik utk simpan baju shaja situlah bilik maid 4org, anak 3org..tukang kebun lagi.... tp nak buat mcm mana kan..dugaan nak tunggu rumah baru siap...

instagram.com

Sejurus sahaja memuat naik gambar tersebut, beliau terus dikecam pengikut-pengikutnya di Instagram sehinggalah ke hari ini. Beliau dikatakan riak dan tak reti bersyukur dengan apa yang ada.

Juga terkesan dengan post tersebut, seorang pengguna Facebook, Khairulnizam Bakeri telah membuat teguran terhadap Dato' Aliff Syukri secara terbuka. Katanya post tersebut dilihat seperti satu penghinaan yang tidak wajar dilakukan.

Aliff Syukri, saya tidak mahu berbasa-basi lagi. Kami semua tahu, soal pemasaran, memang kamu jaguh memperaga kebodohan. Suara nyaring sengau yang dibuat-buat, iklan seksis, air ajaib yang sudah terbukti dusta, macam-macam lagilah.

Kami tahu itu. Kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya jenaka itu, kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya kamu.

Tapi apabila kamu mengeluh tentang betapa peritnya hidup di dalam banglo lapan bilik sambil menunggu mahligai yang sedang dibina, itu bukan lagi bodoh jauh sekali lucu.

Itu satu penghinaan.

Kita semua tahu masih ramai rakyat yang papa. Masih ramai anak kecil yang tidur mengerekot dalam flat 500 kaki persegi, bersama lapan orang adik-beradik yang lain. Di situ tempat lena, di situ ruang jamu selera, di situ hati menghitung lara.

So, no, it's not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan.

facebook.com

And please, stop all the bullshit of you building your empire from zero. For God's sake, we know you're the third child of Sendayu Tinggi founder. Save all that makan bersila crap, okay? We're not impressed.

Yang paling menyedihkan, sikap riak kamu ini masih lagi akan dipertahankan.

"Biarlah dia, harta dia!"

"Sekurang-kurangnya dia Melayu!"

"Dah berapa banyak Melayu dia tolong!"

"Kau dengki sebab dia kaya!"

Benarlah saya ini miskin, namun luahan ini jauh sekali timbul dari perasaan dengki. Saya cuma kecewa.

Andai rezeki Ilahi satu hari mencurah-curah, saya doa sungguh-sungguh agar saya tidak lupa, bahawa saya pernah tidur berhimpit sebegitu dalam pondok kecil yang Abah dan Mama bina di pinggir Sungai Sat ketika baru berpindah ke Kelantan dari Kuala Lumpur, sementara menunggu rumah siap hasil pinjaman perumahan Mama sebagai guru.

Saya doa agar Tuhan jauhkan riak dari hati kita semua.

Termasuk kamu, Aliff Syukri.

facebook.com

Jadi apa pendapat anda? Adakah tindakan yang dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri itu memang salah? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini beliau pernah dikecam kerana didakwa jatuhkan maruah dan buka aib peniaga berkopiah:

Panas sebelum ini:

You may be interested in: