seismik

Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis Ekoran Post ‘Pertandingan Melancap’ Yang Viral

Pertandingan itu didakwa akan diadakan di sekolah terbabit pada 19 Ogos, pukul 2 petang.

Cover image via Twitter @zurairi

Seorang penolong pengetua sebuah sekolah di Teluk Kumbar telah membuat laporan polis terhadap post palsu di Facebook yang mendakwa sekolahnya akan menganjurkan “pertandingan onani” pada 19 Ogos ini

Kenyataan dalam laman itu mendakwa pertandingan itu akan diadakan di sekolah terbabit pada pukul 2 petang.

Pengadu yang mendapat mesej berhubung laman itu pada malam 30 Julai terus memaklumkannya kepada pengetua sekolah keesokan harinya.

“Mereka juga mendapati acara sama turut dimuat naik di akaun Facebook ‘Ayang Manja’ dan dikongsi di kumpulan WhatsApp serta guru-guru lain di Facebook,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. A. Anbalagan kepada akhbar Malay Mail.

“Siasatan awal menunjukkan pengadu menerima mesej terbabit dan siaran di Facebook itu juga sudah tersebar dalam talian,” tambahnya lagi.

Supt. A. Anbalagan berkata pihak sekolah menafikan kewujudan acara berkenaan yang menjejaskan nama baik sekolah terbabit

Beliau menambah bahawa post palsu itu telah dikitar semula dari dua tahun lepas.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan kenyataan palsu itu kerana ia menimbulkan spekulasi dan mencemarkan nama baik sekolah serta menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar dan ibu bapa terutamanya disebabkan sensitiviti terhadap isu tersebut.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak menggunakan kemudahan rangkaian," jelasnya.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan mesej palsu itu walaupun sebagai jenaka kerana ia akan menjejaskan nama sekolah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita di SAYS Seismik:

You may be interested in: