Selalunya Bila Ke Salon, Bukan Sekadar Buat Rambut. 5 Perkara Ini Pun Selalu Terjadi!

Mak jemah betul!

Sekali sekala mesti korang ada pergi salon kan? Nak gunting rambutlah, nak treatment, nak warna rambut, nak macam-macam lah!

Lepastu, masa pergi salon tu lah masa nak manjakan diri, relaks dannnn….

Image via Giphy

Rasa nak release stress dengan berborak dengan orang salon tu! Kadang-kadang kita tak nak pun berborak atau bercerita. Tapi orang salon tu yang akan tanya-tanya soalan.

Lepas itu mesti terus borak panjang. Selalunya apa yang korang gossipkan dengan stylist tu?

Mesti salah satu dari perkara kat bawah ini, bukan?

1. Gosip pasal artis lah, apa lagi!

Image via Google

Tengah-tengah leka scroll Instagram, nanti stylist tu mesti tanya ” Apa eh gossip artis sekarang?” atau ” Betul ke XX tu couple dengan si XX tu?” Ha dari situ memang akan terus berjangkit ke artis lain. Dari satu cerita ke satu cerita. Si XX ni kekwat. Si XX ni pulak cucuk sana sini. Macam-macam!

2. “Make-up Rihanna tu macam best kan?”

Image via Google

Yang ni pun selalu jugak. Lagi-lagi kalau korang berkenan dekat makeup stylist tu. Memang terus pungpang cerita pasal tu je. Dari start basuh rambut sampai habis buat treatment. Siap bukak video tutorial lagi nak tunjuk makeup! Last-last, terus jadi geng!

3. “Lelaki I minat tu suka rambut macam ni..”

Image via Google

“Ada lelaki baru kat office I, handsome gila tau. I dengar dia suka rambut gaya curl kepok-kepok macam ni. Sebab tu lah I buat. Mana tahu boleh menambat hati mamat tu kan?

You doa-doakan lah tau” Stylist tu pun terus kasi tips macam mana nak kasi volume rambut lagi banyak, lagi kilat lagi wow gituh!

4. “Sampai hati kawan I buat macam tu kat I kan??”

Image via Google

Cerita pasal patah hati ni bukan pasal boyfriend je tau? Isu dengan kawan-kawan pun sama besarnya dengan isu boyfriend. Cerita pasal kawan lebihkan boyfriend dia lah, pasal kawan dia asyik ikut apa dia buat lah dan paling selalu, kawan tikam belakang.

5. “Ni nama dia Comot, yang ni Blacky ha yang ni paling cute nama dia Vuvu!”

Image via Google

Dari mula sampai habis dok cerita pasal haiwan peliharan diaaaaaa je! Kalau stylist tu suka binatang takpelah jugak kan? Dapat yang tak suka binatang? Kesian dia kena dengar sampai satu jam!

Siapa sebenarnya stylist korang tu? Korang tahu ke?

Ha, korang main cerita je semua benda dekat stylist tu. Korang tahu ke dia tu siapa, asal mana, latar belakang dia? Terus percaya dan cerita semuanya amboi.

Macam mana kalau stylist korang tu sebenarnya ada dua kehidupan. Salah satu kehidupan dia tu tak terfikir pun dek akal korang! Siap dia bunuh orang-orang yang korang dah ceritakan tu.. tak ke seram??

Kalau nak tahu, korang kena saksikan drama komedi/thriller Salon yang akan ditayangkan di NTV7 dan Viu pada bulan September ni! Drama ni merupakan drama original Viu Malaysia dan akan dibintangi oleh Julia Farhana, Idris Khan, Iman Corinne dan Josiah Hogan!

Mengisahkan seorang stylist bernama Maria/Anna yang membalas dendam untuk orang-orang yang dibuli! Anna juga ingin membalas dendam kepada orang yang dah bunuh family dia!

Ending
 dia mesti korang tak sangka akan jadi macam itu. Macam mana Anna boleh ada dua personaliti dan bagaimana ini semua terjadi?

Nak tahu lebih lanjut, korang kena saksikan trailer di bawah ni dulu, baru boleh feel debaran tu!

Salon

Here's a sneak peek into upcoming Viu Original, Salon, a twisted dark comedy set against the backdrop of the beauty industry. It's a tale of revenge, justice and love starring Julia Farhana Marin, Idris Khan, Josiah Hogan & Iman Corinne Adrienne. #SalonViuOriginal #Malaysia #tvseries #comingsoon Directed by : Kabir Bhatia

Posted by Viu Malaysia on Thursday, August 30, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment