seismik

"Selamatkan Kulim" - Veterinar Tanggalkan Collar Tag Ketat Pada Anjing Buat Ramai Terharu

Bagus anjing ni, elok je diam.

Cover image via @uminadzrahisahak (TikTok)

Setiap haiwan peliharaan berhak mendapat keselesaan dan ruang penjagaan yang selesa

Sudah banyak kita lihat berkenaan kes penderaan haiwan yang dilakukan oleh sesetengah individu yang tidak bermoral.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan gelagat seorang veterinar yang berusaha untuk mencabut collar tag ketat pada seekor anjing telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Elok diam ketika dicabutkan collar tag, rupa-rupanya sudah lama ditugaskan menjaga kebun

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @uminadzrahisahak di TikTok, dilihat seorang veterinar sedang mencabut collar tag yang berada pada leher seekor anjing bernama Kulim.

Rupa-rupanya, anjing tersebut pada asalnya merupakan anjing terbiar yang hidup di kebun tersebut sehinggakan pemilik kebun membela dan melantiknya sebagai penjaga kebun.

Kulim juga mempunyai beberapa ekor anak anjing kecil comel yang hidup bersamanya di kebun berkenaan.

Lihat video lain di bawah:

@uminadzrahisahak Terima kasih yg comment yg baik2, yg like, follow dan share. Terima kasih yg mendoakan pakcik sekeluarga. Terima kasih yg prihatin pasal KULIM. Terima Kasih Semua. #kulimthedog #dogsoftiktok @Can46 Berhenti Berharap - Reinhard Morgan
@uminadzrahisahak KULIM ada anak, tapi anak2 dia dah kemana2 hala ntah, mungkin dpt kerja kebun2 sebelah. Ni vid tahun lepas anak2 masih kecik. Skrg Kulim long ranger. #kulimthedog #dogsoftiktok Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD

"Aku tak boleh la tengok ni. Thank you so much kind sir. Tengok dia faham and happy lepas tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 505.8K tontonan, 51.1K tanda suka dan 1.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan tindakan baik veterinar itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya anak-anak anjing tu, rasa macam nak bela seekor :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: