Selangor FC Bakal Terima ‘Wang Imbuhan’, FIFA Beri Insentif Sebab Jaga Pemain Sampai Masuk World Cup

Semoga ramai lagi pemain Liga Malaysia dapat masuk World Cup!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SFC & Jordan FA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selangor FC berpeluang meraih wang insentif apabila pemain import pasukan ini dijangka beraksi dalam Piala Dunia 2026

Menerusi laporan Berita Harian, insentif tersebut dijangka bakal diterima Selangor FC apabila dua pemain importnya, Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi dilihat akan menyertai pasukan Jordan ke Piala Dunia.

Perkara itu turut dijangka dialami sebuah lagi pasukan yang beraksi di dalam Liga Malaysia, Terengganu FC di mana tonggak importnya, Gervane Kastaneer dijangka mewakili pasukan kebangsaan Curacao.

Kedua-dua kelab terbabit dianggarkan menerima antara RM1 juta hingga RM2 juta menerusi program Faedah Kelab FIFA (CBP).

SAYS.com

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh.

Image via NSTP

Ganjaran diberikan kepada kelab yang melepaskan pemain untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sepanjang tempoh pusingan kelayakan

Diumumkan pada September 2025, program yang telah dikemas kini itu membolehkan kelab menerima ganjaran jika melepaskan pemain mereka untuk beraksi sepanjang tempoh dua tahun meliputi pusingan kelayakan hingga ke pusingan akhir.

Sebelum ini, ganjaran hanya diberikan kepada kelab yang mempunyai pemain dalam skuad negara yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia, namun mekanisme baharu CBP memperluaskan manfaat kepada lebih banyak kelab.

Secara keseluruhan, FIFA memperuntukkan dana sebanyak AS$355 juta (RM1.4 bilion) bagi program berkenaan.

Terdahulu, sejumlah AS$202 juta (RM842 juta) sudah diagihkan kepada 440 kelab dari 51 ahli FIFA merangkumi enam konfederasi pada edisi Piala Dunia 2022 lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: