seismik

Cerita Penuh Pendaki Terjatuh Ke Dalam Kawah Gunung Merapi Ketika Sedang Selfie

Ajal maut di tangan Tuhan. Pada usia 21 tahun, Eri Yunanto telah pergi buat selama-lamanya.

Cover image via tmpo.co

Seorang mahasiswa dari Universiti Atma Jaya Jogjakarta, Eri Yunanto (21) terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi ketika sedang mengambil selfie di bekas puncak Garuda Sabtu lalu

Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan ini mendaki Gunung Merapi bersama enam orang rakan lain. Empat di antaranya berhenti di pos Pasar Bubrah, manakala Eri dan Dicky meneruskan perjalanan hingga bekas puncak Garuda.

Foto terakhir Eri Yunanto sebelum terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi.

Image via www.merdeka.com

Sesampainya di sana, Eri naik ke bekas puncak Garuda dan mengambil gambar sendirian di atas. Rakannya, Dicky hanya perhatikan Eri dari bawah dan sempat mengambil foto Eri yang sedang berada di puncak tersebut.

Selesai mengambil gambar, tempat dimana Eri berpijak tiba-tiba runtuh dan membuatnya terus terjatuh hingga ke dasar kawah. Jika dilihatkan pada gambar, Puncak Garuda ini sememangnya sangat curam dan berbahaya.

merdeka.com

Melihat kejadian itu didepan mata, Dicky lantas berlari ke Pos II untuk meminta pertolongan dari pendaki lain dan kemudian memaklumkan kepada petugas di base camp New Selo

Image via infopendaki.com

"Setelah mendapat laporan, kami pasukan search and rescue dari BPBD Boyolali bersama para sukarelawan berpengalaman segera mendaki ke puncak Merapi untuk menyelamatkan Eri," kata Koordinator Relawan Barameru Merapi, saudara Samsuri.

Samsuri menjelaskan, sungguhpun mereka berjaya menemui mangsa, bukan mudah bagi mereka untuk melakukan proses evakuasi, apatah lagi jika harus dilakukan pada malam hari. Ini disebabkan keadaan muka bumi Gunung Merapi yang sangat sulit dan kedalaman kawah sedalam 200 meter.

merdeka.com

Setelah dua hari menjalankan search and rescue, pasukan penyelamat akhirnya menjumpai tubuh Eri yang sudah tidak bernyawa di kedalaman 200 meter kawah Merapi

Seramai lebih 20 anggota penyelamat turun untuk mengeluarkan mayat daripada kawah tersebut. Masa yang diambil untuk proses evakuasi ini agak lama memandangkan mereka perlu membawa mayat Eri naik dahulu daripada kawah, kemudian turun ke base camp New Selo.

merdeka.com

Kedua-dua ibu bapa mangsa terkejut dan sedih mendengar berita tentang kematian anak mereka. Namun begitu, mereka berdua sudah mempunyai firasat kerana sesuatu yang agak aneh berlaku sehari sebelum Eri pergi mendaki.

Image via sindikasi.co

Ayah Eri, Nuryanto sangat sedih saat mendengar khabar anaknya mengalami kecelakaan semasa melakukan pendakian di gunung Merapi. Dikatakan jiran-jirannya juga perlu datang untuk menenangkannya.

Sementara itu, ibu Eri, Intan Farida mendedahkan malam sebelum mendaki Gunung Merapi, Eri meminta untuk tidur bersama kedua orang tuanya dan meminta dibuatkan makanan kegemarannya.

"Tidak ada firasat apa-apa. Tetapi sebelum berangkat ke Merapi, Eri minta tidur bersama bapa dan ibunya. Dia juga meminta untuk dibuatkan makanan kesukaan, "kata Intan.

djurnal.com

Jenazah Eri Yunanto selamat dikebumikan pada malam Selasa, 19 Mei 2015 di Makam Dusun Biru, Trihanggo, Gamping, Sleman, Jogjakarta

Jenazah Eri diusung di kawasan perumahannya.

Image via mediaindonesia.com

"Kita akan langsungkan malam ini juga (malam Selasa). Makam sudah disiapkan dan jenazah mungkin akan tiba pada jam 8 atau 9 malam," ujar seorang ahli keluarga mangsa, Sen‎tot di kediaman Eri.

Kedua-dua orang tua Eri bagaimanapun tidak ditemui oleh pihak media. Namun Sentot menjelaskan ahli keluarga mangsa telah redha dengan pemergian Eri untuk selama-lamanya. ‎

detik.com

Rakan-rakan dan kenalan Eri memberi penghormatan terakhir kepadanya sebelum dimakamkan.

Image via mediaindonesia.com

Eri Yunanto memang gemar mendaki gunung. Sebelum mendaki Gunung Merapi, Eri sudahpun mendaki beberapa gunung di Indonesia seperti Gunung Rinjani, Bromo dan lain-lain. Eri juga banyak memuat naik gambar-gambarnya di Instagram.

Dan ini merupakan posting terakhir beliau dengan kapsyen "SALAM AQIDAH" yang dimuat naik pada 9 Mei lalu

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: