seismik

"Semangat Sungguh" - Pelajar Sekolah Menari Lagu Gangnam Style Ini Curi Tumpuan

PSY, tolong notice dia!

Cover image via @nelltham_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari demi hari, lagu-lagu K-Pop sememangnya menjadi semakin popular di Malaysia

Sebut sahaja tentang penyanyi dan tarian K-Pop yang popular, pastinya semua tahu mengenainya. Bak kata orang, generasi kini sememangnya generasi yang dilanda zaman K-Wave.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang pelajar lelaki dilihat begitu semangat membuat persembahan tarian 'Gangnam Style' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Step tarian selari dengan beat lagu

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi rakaman ketika seorang pelajar lelaki membuat persembahan di sekolahnya.

Pelajar itu menari tarian lagu Gangnam Style oleh penyanyi popular K-Pop iaitu PSY. Dia juga dilihat menari dengan penuh semangat sehingga setiap step yang dilakukan sama dengan rentak lagu.

Suasana penonton di situ juga riuh sebaik sahaja dia memulakan tariannya. Malah, ada yang berkata semangat tariannya itu seperti ingin mengajak orang ramai senamrobik.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Penyeri sekolah ni. Hargai lah dia, dia limited haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.3M views, 154.5K likes dan 4,255 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adik stress dengan exam ke? Betul-betul lepas gian ni :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: