seismik

Semua Masjid & Surau Di Selangor Dibenarkan Solat Jumaat Mulai 3 Julai Ini

Bagi solat fardhu lima waktu secara berjemaah juga dibenarkan namun perlu patuhi SOP ditetapkan.

Cover image via Google

Umum sedia maklum mengenai larangan bagi orang awam untuk solat jumaat & berjemaah di semua masjid serta surau dalam negara ini termasuklah di Selangor akibat penularan wabak Covid-19 yang berlaku

Bagaimanapun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan beberapa masjid dan surau di seluruh negeri ini dibuka secara berperingkat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Jumlah kehadiran jemaah bagi solat jumaat juga ditambah daripada 12 orang kepada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid di 39 masjid yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Bagi yang tidak dapat menunaikan solat jumaat pula, mereka hendaklah menggantikan dengan solat Zohor dan dilakukan di tempat atau rumah masing-masing.

Walau bagaimanapun, hari ini Sultan Sharafuddin sekali lagi berkenan membenarkan semua masjid dan surau di Selangor dibuka untuk solat jumaat untuk orang awam berkuat kuasa jumaat ini

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau dibuka untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

Namun, ia mesti mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Sultan Selangor berkenan supaya semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat jumaat dengan mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak COVID-19.

"Kebenaran ini berkuatkuasa pada 3 Julai 2020," katanya.

Jelas Mohamad Munir lagi, bilangan jemaah pada satu-satu masa perlu mengikut jumlah yang ditetapkan

Berikut adalah antara ketetapan bilangan jemaah mengikut masjid dan surau di Selangor:

1. Jumlah kehadiran jemaah bagi solat jumaat dan solat fardhu di masjid-masjid berikut ditetapkan pada 1,000 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

i) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
ii) Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
iii) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

2. Jumlah kehadiran jemaah bagi solat jumaat dan solat fardhu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid yang berkenaan.

3. Jumlah kehadiran jemaah di surau kebenaran solat jumaat bagi mendirikan solat jumaat dan solat fardhu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau.

4. Jumlah kehadiran jemaah di surau untuk solat fardhu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau.

Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin turut bertitah agar ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha hanya dilaksanakan di masjid sahaja

Image via Berita Harian

"Bagi surau-surau yang merancang melakukan ibadah korban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.

"Semua orang juga perlu mematuhi SOP termasuk berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid dan surau dan mengamalkan penjarakan sosial," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: