seismik

Semua Rakyat Malaysia 'Tertipu', Kisah Gadis Sabah Jawab Exam Atas Pokok Didakwa Palsu

Veveonah tidak tahu videonya pada masa berkenaan akan viral dan mendapat perhatian ramai.

Cover image via Veveonah Mosibin (YouTube)

Masihkah anda ingat, kisah Veveonah Mosibin yang tular pada Jun lalu dan tinggal di sebuah kampung di Pitas, Sabah

Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian.

Kisah Veveonah ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik serta pihak bertanggungjawab untuk melawati kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

Begitupun, siapa sangka dakwaan yang dibuat pelajar ini yang sanggup naik atas pokok demi merakam kisah peritnya hanyalah sekadar hiburan dan suka-suka

Image via The Borneo Post

Apa yang lebih mengejutkan lagi, siasatan menunjukkan Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman itu dibuat.

Kenyataan ini telah disahkan sendiri oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia melalui rancangan Kementerian untuk memastikan liputan jalur lebar dipertingkatkan dari segi kelajuan dan keluasan liputan merangkumi seluruh Malaysia.

Anda boleh tonton soal jawab YB Datuk Zahidi mengenai isu Veveonah pada minit ke 8.10 di bawah:

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Sementara itu, dua orang individu yang dikenali sebagai Wong Gen Hee dan OK Sokmo telah tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai Veveonah

Menurut mereka, gadis itu tidak menipu dan Veveonah tidak tahu videonya pada masa berkenaan akan viral dan mendapat perhatian ramai.

Dalam pada itu, di akhir tweet salah seorang individu tersebut juga, mereka turut melampirkan tatacara peperiksaan akhir yang dipercayai diduduki oleh Veveonah ketika merakam video itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: